Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah Daftar Haji Online?Tahukah anda dengan kepesatan teknologi yang canggih ini,anda boleh daftar haji secara atas talian sahaja.Tidak perlu beratur di kaunter,hanya di atas talian dengan mendaftar melalui akaun THiJARI dengan mudah.Untuk anak pun boleh daftar sekali.
Bagi membetulkan persepsi ramai orang,jika anda buka akaun Tabung Haji tidak bermakna anda sudah mendaftar Haji Anda perlu daftar Haji secara online atau manual di kaunter Tabung Haji. Ikutkan nak menunggu giliran memamg lama,jadi kita hendaklah daftar dengan cepat supaya tidak terlambat.Boleh ikuti perkongsian kami cara daftar hanya melalui online dengan akaun THiJARI
Sebelum daftar haji,kena semak dulu syarat-syarat untuk daftar.Berikut adalah syarat-syarat untuk daftar:
Sebenarnya terdapat dua cara untuk daftar haji iaitu secara manual dan Online
1.Manual
Pendeposit hendakalah hadir ke kaunter tabung haji yang berdekatan untuk mendaftar
2.Online
Bermula dari 5 Februari 2020, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu dikenali sebagai “THiJARI” untuk memudahkan para pendeposit TH dengan penyediaan pelbagai kemudahan termasuk semakan baki akaun TH.
Bagi yang mereka mempunyai akaun Tabung haji tetapi tidak mempunyai akaun THiJARI di sarankan untuk daftar sebab banyak kelebihan yang disediakan.
Bagi yang dah ada Akaun THiJARI,boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
Boleh rujuk gambar di bawah:


Untuk makluman,pendeposit boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Rayuan haji juga boleh di buat setelah setelah mendaftar Haji. Surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati di laman tersebut.
Sebenarnya cara nak buka akaun senang dan yang penting,ibu dan ayah mempunyai Akaun THiJARI .Ikuti langkah-langkah di bawah :
Untuk gambaran yang jelas,boleh lihat video di bawah:
Kos haji merujuk kepada kos-kos langsung pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
Kos langsung Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala kos langsung jemaah PJH / THTS tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.
Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun.
| Kategori (Muassasah) | Kos Haji | Tanggungan Kos TH | Bayaran Haji |
|---|---|---|---|
| Warganegara kali pertama menunaikan haji | RM 22,900 | RM 12,920 | RM 9,980 |
| Warganegara telah tunai haji | RM 22,900 | Tiada | RM 22,900 |
TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi Jemaah Haji Malaysia secara percuma seperti:
Bakal haji yang telah terpilih pada tahun semasa adalah layak membuat pengeluaran wang di KWSP.
Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).
Jika nak daftar Haji, simpanan kita dalam akaun tabung haji hendaklah ada sebanyak RM1,300 dahulu sebelum nak daftar.Ini adalah masalah besar bagi sesetengah orang sebab itu bukan jumlah yang kecil
Sebenarnya Pendaftaran Haji boleh dibuatmelalui KWSP dan anda hanya perlu mempunyai RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP.Anda boleh rujuk Maklumat daftar melalui KWSP DISINI
Bagi mereka yang sudah mendaftar dan ingin membuat rayuan,proses rayuan boleh dilakukan pada tarikh rayuan yang telah ditetapkan.Berikut langkah-langkah untuk membuat rayuan:
Rujuk video di bawah untuk maklumat yang kebih jelas:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh ke :