Amanah Hartanah Bumiputera(AHB):Syarat kelayakan dan Cara Labur
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebuah skim pelaburan yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada Bumiputera di Malaysia melabur dalam hartanah komersial berkualiti tinggi.
Dengan menyediakan platform pelaburan yang mudah dan berisiko rendah, AHB membolehkan pelabur menikmati pulangan yang stabil melalui aset hartanah yang diurus secara profesional.
Seperti mana-mana pelaburan sekalipun, pelaburan dalam AHB tetap mempunyai risikonya
Apakah Amanah Hartanah Bumiputera(AHB)?
AHHB Merupakan dana unit amanah patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada Bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial premium di Malaysia.
Dana itu boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di semua pengedar sah di seluruh Malaysia.AHB disokong oleh hartanah komersial utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewa yang stabil
Melalui AHB, Bumiputera dapat memiliki bahagian dalam aset hartanah yang bernilai tinggi tanpa perlu membeli hartanah secara langsung melalui pegangan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.
Boleh juga baca: Kad Debit Wise : Cara Mohon Dan Kadar Caj Kad
Manfaat AHB
Berikut adalah manfaat dalam dana Amanah Hartanah Bumiputera :
- Patuh syariah
- Harga tetap RM1.00/unit
- Pelaburan AHB disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia
- Pelabur mempunyai akses kepada perkhidmatan pengurus dana yang berpengalaman dan profesional
- Mampu milik – Hanya 100 unit untuk pelaburan permulaan minimum dan 50 unit untuk pelaburan tambahan minimum dengan tunai
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan:
- Bumiputera Malaysia yang boleh mendaftar sama ada:
- Akaun Dewasa (Untuk Bumiputera berumur 18 tahun ke atas); atau
- Akaun Remaja (Untuk Bumiputera bawah umur tiga (3) bulan hingga 18 tahun. Akaun Remaja mesti didaftarkan di bawah penjaga sah Bumiputera. Penjaga sah mestilah berumur 18 tahun ke atas. Akaun Remaja akan ditukar secara automatik kepada Akaun Dewasa apabila pelanggan mencapai 18 tahun tua.
- Institusi Bumiputera seperti yang ditentukan oleh Penaja dan Pengurus; dan
- Lain-lain seperti yang dinyatakan oleh surat ikatan prospektus Dana
Dividen***Agihan Pendapatan
Berikut adalah dividen yang pernah di berikan kepada pelabur AHB;
Sejarah Agihan Pendapatan Dana***
Tarikh Akhir | Agihan Pendapatan* Sen Seunit | Komposisi Pengagihan | |
---|---|---|---|
% Pendapatan | |||
31 Mac 2024 | 2.20 | 100 | |
31 Mac 2024** | 0.30 | 100 | |
30 September 2023 | 2.25 | 100 | |
30 September 2023** | 0.25 | 100 | |
31 Mac 2023 | 2.20 | 100 | |
31 Mac 2023** | 0.30 | 100 | |
30 September 2022 | 2.18 | 100 | |
30 September 2022** | 0.32 | 100 |
Untuk melihat senarai penuh,boleh rujuk halaman agihan pendapatan di laman rasmi AHB
Pendaftaran dan cara melabur
Untuk memulakan perjalanan pelaburan anda,anda boleh membuat pendaftaran melalui cara berikut:
Maybank & Ambank Kaunter atau Offline
Untuk boleh membeli unit AHB di mana-mana cawangan Maybank dan AmBank diseluruh Malaysia pada mana-mana Hari Perniagaan pada waktu pejabat. Anda dinasihatkan supaya:
- Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
- Anda akan dirujukkan kepada Penasihat Kewangan Peribadi (PFA) yang akan memberikan penjelasan lanjut tentang AHB
- Isi ‘Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa’ atau ‘Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja’, mengikut mana-mana yang berkenaan
(Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyatakan nombor akaun bank dalam borang ini. Ini bagi memudahkan pembayaran agihan pendapatan, jika ada, kerana agihan pendapatan akan dibayar terus ke dalam akaun anda. Caj minimum akan dikenakan bagi menampung kos urus niaga untuk pembayaran agihan pendapatan.) - Mengemukakan borang yang lengkap berserta Kad Pengenalan anda, atau MyKad / salinan asal sijil beranak (bagi individu berumur tiga (3) bulan hingga 18 tahun) dan jumlah pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter. Seterusnya, salinan Borang Pendaftaran yang disahkan akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.
Maybank (Online)
1.Cara Mohon akaun unit amanah bersama Maybank.
- Layari maybank2u.com.my dan masukkan User ID untuk log in
- Klik ‘APPLY’, kemudian pergi ke ‘INVESTMENT’. Pilih Unit Trust Account dan klik ‘APPLY NOW’
- Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Baca dengan teliti dan tanda pada soalan yang berkenaan. Kemudian klik ‘Continue’.
- Jawab semua soalan pada ruang ‘RISK-PROFILE’. Setelah selesai, pilih ‘Settlement Account’ anda, tanda yang berkenaan dan klik ‘SAVE & NEXT’.
- Tahniah, pembukaan akaun unit amanah anda sedang diproses.
Proses pembukaan akaun unit amanah mengambil masa 5 hingga 14 hari. Anda kena sentiasa semak laman web Maybank2u untuk melihat sekiranya anda sudah boleh memohon unit AHB
Kredit MAJALAH LABUR
2.Cara langgan unit AHB
- Log masuk ke Maybank2u
- Pilih tab “Wealth”.
- Pilih “Unit Amanah”
- Pilih Nombor Akaun Amanah Saham
- Pilih “Langgan Dana”
- Pilih “Fund House” dan klik pada “Maybank Asset Management Sdn Bhd”
- Pilih “Nama Dana” dan klik pada “Dana Amanah Hartanah Bumiputera”
- Pilih “Langganan Satu Kali” di bawah Jenis Pelaburan
- Pilih Akaun Pembayaran
- Masukkan Amaun
- Semak kotak Terma & Syarat
- Klik Langgan
Bank Islam Kaunter atau Offline/Unit Trust
Untuk melabur dalam AHB, boleh datang ke mana-mana cawangan Bank Islam untuk membuat pendaftaran atau berjumpa dengan mana-mana ejen Unit Trust yang yang bedaftar sebagai konsultan dengan pihak FIMM. Semakan nama ejen boleh dibuat melalui laman web FIMM.
Apakah pelaburan minimum, maksimum dan tambahan yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan minimum ialah RM100 bagi setiap individu untuk pelaburan tunai.
Pelaburan maksimum ialah RM1,000,000 bagi setiap individu. Pengurus mempunyai budi bicara untuk mengubah had ke atas pelaburan oleh mana-mana individu dan/atau institusi Bumiputera.
Pelaburan tambahan minimum ialah RM50 bagi setiap individu untuk pelaburan tunai.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanju,boleh hubungi melalui saluran di bawah;
Address: Level 6, Block E, Dataran PHB, Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Phone: +603 7734 0555
Email:phbam-cs@phbam.com.my