Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Kad Debit Wise :Cara Mohon dan Kadar Caj Kad

0 555

Kad Debit Wise Malaysia atau kad Wise adalah kad debit yang boleh digunakan untuk transaksi fizikal, pengeluaran di ATM, serta pembelian dalam talian dengan kemudahan dan keselamatan yang tinggi.

Kad ini menawarkan cara pembayaran yang cepat, selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 50 jenis mata wang, ke lebih 70 negara. Sejak dari tahun 2021, pelanggan di Malaysia juga boleh membuka akaun multi-currency Wise.

Selain itu, mereka juga boleh dapatkan kad debit Wise untuk perbelanjaan dan pengeluaran yang lebih mudah.

Kad Debit Wise Malaysia : Apa yang perlu anda tahu?

Kad ini merupakan kad debit Visa yang dipautkan (linked) kepada akaun multi-currency Wise . Anda boleh memesan kad fizikal Wise dan gunakan untuk membayar secara fizikal dan buat pengeluaran di ATM. Selain itu, anda boleh gunakan kad digital untuk belanja secara online.

Kad debit Wise Visa boleh digunakan di serata dunia untuk pengeluaran dan pengeluaran dalam lebih 50 jenis mata wang, tanpa caj transaksi asing dan tiada caj penyelenggaraan semasa untuk akaun.

Tambahan lagi, tiada yuran tahunan akan dikenakan – hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah untuk memesan kad anda. Tiada lagi caj semasa akan dikenakan selepas itu

Faedah Guna Kad Debit Wise

Berikut adalah faedah yang terdapat dalam kad tersebut:

1)Boleh digunakan di lebih 175 negara dalam lebih 40 jenis mata wang

Boleh digunakan lebih daripada 40 jenis mata wang dan pengguna boleh berbelanja di lebih 175 negara di seluruh dunia

2)Tambah nilai akaun dalam RM dan tukar ke mata wang lain berdasarkan mid-market exchange rate

Anda boleh top duit anda dalam kad dan tukar ke matawang lain dengan Aktifkan fungsi auto-conversion kad anda.

Kadar tukaran yang digunakan adalah kadar pasaran pertengahan (mid-market exchange rate) serta caj rendah daripada 0.43%.

3)Pengeluaran percuma sehingga RM1000 tanpa caj setiap bulan

Gunakan kad anda di mana-mana ATM yang menerima Visa.

Pengeluaran tanpa caj sehingga RM1000 untuk setiap bulan dan pengeluaran yang melebihi jumlah tersebut caj yang rendah akan di kenakan.

Tiada caj untuk transaksi asing serta pendahuluan tunai akan dikenakan.

4) Belanja di stor antarabangsa secara online

Kad ini menawarkan kadar tukaran yang tinggi ketika anda berbelanja dalam mata wang asing termasuk perbelanjaan online di stor antarabangsa.

Boleh juga baca: Kad Visa Touch N Go:Permohonan,Pengaktifan Dan Kegunaan

Ciri-ciri keselamatan Kad Wise

Berikut adalah ciri keselamatan yang terdapat dalam kad ini:

  • Akaun Wise memerlukan 2 faktor pengesahan
  • Beku dan aktifkan semula kad anda melalui aplikasi Wise
  • Dapatkan notifikasi segera untuk membolehkan anda mengawasi perbelanjaan
  • Jana kad digital sebagai langkah keselamatan tambahan apabila berbelanja secara online di stor online baru
  • Wise melaksanakan proses anti penipuan 24/7 secara manual dan juga automatik untuk mengenalpasti dan mencegah transaksi meragukan

Cara Mohon

Permohonan boleh di buat secara atas talian/Online melalui cara berikut:

  1. Muat turun aplikasi Wise atau layari laman web Wise
  2. Klik ‘Open an account’ and masukkan alamat emel anda – anda juga boleh daftar menggunakan Facebook, Google atau Apple ID
  3. Ikut arahan yang terpapar (prompt) dan masukkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon
  4. Muat naik gambar dokumen pengenalan – pasport atau MyKad, atau pun visa atau permit jika anda bukan warganegara Malaysia
  5. Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda boleh buat tambah nilai pertama untuk baki mata wang yang anda inginkan
  6. Pilih tab Card dan ikut arahan yang terpapar untuk buat pesanan kad Wise

**Kad debit Wise yang anda pesan akan mengambil masa sekitar dua minggu untuk sampai.

Kadar Caj Kad

Akaun boleh dibuka secara percuma dan tiada caj semasa atau penyelenggaraan.Setelah membuat pemesenan anda hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah

Berikut adalah kadar caj kad untuk kad Wise di Malaysia:

PerkhidmatanCaj
Memesan kad fizikalRM 13.70
Dapatkan kad digitalPercuma apabila anda memesan kad fizikal
Memperbaharui kadPercuma
Belanja menggunakan kadPercuma untuk mana-mana mata wang yang dipegang
Tukaran wang asing menggunakan mid-market exchange rate, dengan caj rendah bermula dari 0.43%
Pengeluaran ATM2 kali pengeluaran dalam sebulan, jumlah sehingga RM1,000 – tiada caj
RM 5 + 1.75% dikenakan untuk pengeluaran melebihi jumlah tersebut

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk :

Laman Web: https://wise.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Wise/

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via