Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Buka Akaun Maybank Yippie-i: Cara Daftar Akaun Online
Akaun simpanan Maybank Yippie-i direka khusus untuk kanak-kanak, memberikan peluang kepada ibu bapa untuk memulakan tabungan anak-anak mereka sejak usia muda. Dengan pelbagai kelebihan seperti kadar faedah yang kompetitif, tiada yuran pengurusan, dan akses kepada pelbagai alat perancangan kewangan, akaun ini menjadi pilihan yang bijak untuk masa depan anak-anak.
Proses pembukaan akaun ini kini lebih mudah dengan kemudahan pendaftaran secara online. Ibu bapa boleh melakukannya dari rumah tanpa perlu berkunjung ke cawangan Maybank. .
Akaun Simpanan Yippie adalah akaun simpanan yang direka khusus bagi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah. Akaun ini membolehkan ibu bapa atau penjaga memulakan simpanan untuk anak-anak mereka dari usia muda. Selain memberikan faedah simpanan, akaun ini juga dilengkapi dengan pelbagai insentif menarik untuk menggalakkan tabungan dalam kalangan kanak-kanak
Manakala Akaun Simpanan Yippie-i adalah akaun yang sama tetapi berdasarkan prinsip Qard, iaitu kontrak pinjaman wang, yang biasanya bukan keuntungan, antara jurubank (sebagai peminjam) dan pendeposit (sebagai pemberi pinjaman).
Akaun simpanan ini berfungsi sama seperti akaun amanah, di mana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pemegang akaun bersama.
Ibu bapa atau penjaga mempunyai hak mengawal akaun tersebut sehingga anak berumur 18 tahun, selepas itu mereka boleh berhijrah ke akaun simpanan lain
Berikut adalah syarat kelayakan yang di benarkan
Berikut adalah kelebihan buka akaun ini:
| Peperiksaan | Pencapaian | Ganjaran |
|---|---|---|
| SPM | 8As / A+ | RM200/akaun |
| STPM/A-Levels | 5As / 4As and MUET Grade 6 | RM300/akaun |
| Ijazah Sarjana Muda | Kepujian Kelas 1 | RM500/akaun |
Boleh juga baca: Kad ATM Maybank: Cara Tukar Online Kad Rosak Atau Dah Tamat Tempoh
Cara membuat pendaftaran adalah seperti berikut
Boleh hadirkan diri ke cawangan maybank berdekatan dengan membawa dokumen seperti berikut:
*NOTA: Bagi penjaga warga asing anda perlu menyediakan dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan seperti permit kerja/pelajar yang sah, visa yang sah, surat pengesahan daripada Majikan/Institusi Pendidikan (yang mana berkaitan)
Selain mendaftar melaui kaunter,anda juga boleh daftar melalui secara atas talian melalui aplikasi MAE
Ikuti langkah di bawah:
Jika keliru boleh rujuk panduan bergambar di atas:
Tutorial Buka Akaun Maybank untuk anak-anak







Kredit gambar di ambil dari FB Khaimalbornoeo Holiday
Nota: Untuk makluman akaun yippie telah pun link dengan akaun MAE kita jadi untuk membuat pengeluaran di ATM,anda boleh guna kad ATM anda sendiri kemudian boleh pilih akaun mana nak withdraw duit sama ada akaun anda atau akaun yippie tersebut.
Untuk pemindahan wang,boleh guna MAE untuk membuat pemindahan bila-bila masa sahaja
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,bileh hubungi melalui saluran di bawah