Cara daftar vaksinasi Covid-19 online jika ibu bapa tiada aplikasi MySejahtera
Daftar vaksinasi Covid-19 online.Tahukah anda,kerajaan menyediakan 5 Cara Pendaftaran Vaksin Covid-19 sama ada secara manual dan online untuk rakyat Malaysia.Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dilancarkan baru-baru ini oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengandungi pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi termasuk kaedah pelaksanaan vaksinasi Covid-19.
Untuk memudahkan pendaftaran vaksin,orang ramai di nasihatkan menggunakan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan rekod setiap individu direkodkan.Pendaftaran awal amatlah digalakkan untuk memudahkan setiap proses pendaftaran Vaksin.Namun,seperti yang kita sedia maklum,ibu bapa ataupun orang tua di kampung sudah tentu tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.Di sini kami akan berkongsi cara bagi anda untuk mendaftar proses vaksinasi untuk ibu bapa anda.
Boleh Juga baca: Cara Mohon Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera
Cara daftar vaksinasi Covid-19 online
Berikut adalah cara untuk anda mendaftar:
- Pergi ke laman www.vaksincovid.gov.my/daftar/
- Isikan maklumat diminta seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. Tel, Negeri dan Emel (jika ada)

- Jawab 3 Soalan yang ditanya dengan BETUL
- Masukkan alamat rumah pendaftar

- Tick pada kotak yang disediakan dan klik HANTAR
Proses Pendaftaran Vaksin secara online dan manual
Berikut rujukan carta untuk setiap pendaftaran Online
Proses Pendaftaran Online

3 fasa pemberian vaksinasi covid-19
Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, vaksin akan di beri melalui 3 fasa:
- Fasa 1 – barisan hadapan (Feb-April 2021)
- Fasa 2 – kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas (April-Ogos 2021)
- Fasa 3 – orang awam berumur 18 tahun ke atas (Mei 2021-Feb 2022)
Pertanyaaan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai pendaftaran vakninasi Covid-19,boleh rujuk maklumat terkini daripada MOSTI, JKJAV dan KKM atau terus ke laman www.vaksincovid.gov.my/