Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara mohon gantikan MyKad Hilang/Rosak secara online

0 4,385

Gantikan MyKad Hilang/Rosak.MyKad adalah satu identiti atau dokumen penting yang menunjukkan kita adalah warganegara Malaysia.Mykad sangat penting dan diperlukan jika anda nak berurusan dengan pelbagai pihak.

Menurut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.

Jika anda kehilangan kad pengenalan atau cip rosak,jangan bimbang kerana anda boleh memohon gantian Mykad anda secara online,tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama di JPN.

Untuk makluman anda,permohonan penggantian kad pengenalan yang boleh dilakukan secara online adalah :

1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad
2) Gantian Kerosakan Cip
3) Gantian Biasa
4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

Apa itu MyKad?

  • MyKad -kad pengenalan identiti rasmi Malaysia yang dikeluarkan mulai 12 tahun ke atas kepada warganegara Malaysia (juga kepada pemastautin tetap dan anggota tentera/polis dengan varian seperti MyPR, MyTentera, MyPolis)
  • Dilancarkan secara rasmi pada 5 September 2001, sebagai sebahagian daripada inisiatif aplikasi terunggul MSC Malaysia, menjadikan Malaysia antara negara pertama di dunia yang mengintegrasikan biometrik cap jari dalam cip identitinya

Tujuan dan Fungsi Utama

  • Kad ATM (dengan bank tertentu)
  • Pengenalan Diri dan Warganegara – mengandungi maklumat personal, cap jari, dan foto.
  • Kad Pelbagai Fungsi (Government Multipurpose Card, GMPC):
  • Lesen memandu (jika diaktifkan)
  • Dompet elektronik seperti Touch ’n Go & e‑cash
  • Sijil digital untuk transaksi selamat (PKI)

Bila perlu tukar Mykad anda?

kad perlu di tukar bila:

  • Kad gagal dibaca : Tidak boleh di ‘scan’ di mesin atau kiosk layan diri (self-service kiosk)
  • Urusan ditolak oleh bank atau agensi kerajaan : Sistem tidak dapat mengesan data daripada kad anda.
  • Perlu dicuba banyak kali untuk lepas imbasan : Tanda cip mula bermasalah dan perlu diganti segera.
  • Kad rosak fizikal (calar, retak, bengkok) : Boleh menjejaskan cip dan fungsi kad sepenuhnya.
  • Kad terlalu lama digunakan (lebih 10 tahun) : Risiko cip haus, data terpadam atau gagal berfungsi.

Cara membuat permohonan gantikan MyKad Hilang/Rosak

Berikut panduan bergambar yang kami sediakan untuk anda:

1.Layari ke Sistem Gantian MyKad 2.0 di pautan gantianmykad.jpn.gov.my

Permohonan Mykad baru
  1. Klik LOG MASUK bagi yang pernah mendaftar akaun MyGoverment. Bagi yang belum ada akaun MyGovernment,boleh daftar dahulu.
  2. Daftarkan akaun dengan mengisi maklumat yang diminta.
  3. Lepas dah aktifkan akaun, korang akan diberi link. Klik link tersebut dan log masuk.
Daftar akaun di MyGOV

4.Dah log masuk, baca penjelasan yang dinyatakan. Di bahagian ganti MyKad,Klik Mohon disini.

Cara daftar permohonan gantian mykad hilang

5.Baca Akuan Penafian dan klik Setuju.

6.Kemudian isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik Teruskan/ Proceed

cara daftar ganti Mykad baru online

7.Semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semuanya tepat. Klik pada kotak Saya Setuju dan kemudian klik Teruskan

8.Selepas klik Teruskan,anda akan di bawa  laman baru untuk pembayaran. Selesaikan pembayaran dan kemudian simpan resit sebagai bukti pembayaran dan selesai!

9.Semakan boleh dilakukan melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.Bila anda dapat SMS yang menyatakan MyKad anda boleh di ambil,boleh pergi ke cawangan JPN terdekat andaDapat jimatkan masa anda kerana prosesnya ambil Mykad tidak mengambil masa yang lama.

Tempoh Masa Kutipan

  1. Kutipan di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC boleh dilakukan dalam tempoh 30 minit selepas transaksi permohonan dalam talian berjaya.
  2. Kutipan di JPN cawangan Semenanjung Malaysia boleh dilakukan dalam tempoh selepas 5 hari waktu bekerja dengan syarat transaksi permohonan dalam talian berjaya.
  3. Kutipan di JPN cawangan Sabah dan Sarawak boleh dilakukan dalam tempoh selepas 7 hari waktu bekerja dengan syarat transaksi permohonan dalam talian berjaya.

Anda juga boleh baca: Cara Daftar Kelahiran Anak Secara Online Di Portal JPN

Permohonan Mykad melalui talian telefon

Untuk makluman anda,gantian Mykad yang baru boleh di lakukan melalui panggilan telefon.Ini memudahkan bagi warga emas yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai online.

Anda boleh membuat hubungi talian hotline JPN di 03-8880 8066 pada waktu berikut:

Waktu Operasi

  • Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
  • Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang
ermohonan gantian MyKad menggunakan telefon

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan dan masalah boleh hubungi:

No Telefon: 03-8880 7077/ 7071/ 7067/ 7069/ 8206 

Emel: mykadganti@jpn.gov.my

Laman Web Rasmi :gantianmykad.jpn.gov.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via