Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Semak jawatan kerajaan (SPA) yang boleh anda mohon dengan SPM

0 1,979

Anda mempunyai SPM dan berminat untuk memohon jawatan kerajaan (SPA)?Seperti yang kita tahu,ramai yang mempunyai impian untuk bekerja di sektor kerajaan kerana mempunyai kerjaya yang terjamin dan mempunyai pelbagai keistimewaan apabila menjadi penjawat awam.

Tahukah anda,dengan kelayakan SPM anda boleh memohon pelbagai jawatan didalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Permohonan adalah sama seperti permohonan yang lain,anda perlu memohon di sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)

Kelebihan menjadi Penjawat Awam

Berikut adalah kelebihan berada di dalam jawatan kerajaan (SPA):

Terdapat pelbagai Jenis Elaun

1.Antara elaun yang diberikan ialah :

  • Elaun Rumah
  • Elaun Sara Hidup (COLA – Cost of Living Allowance).
  • Elaun Kritikal
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Khas / Gred Khas
  1. Terdapat Pelbagai Jenis Cuti

Berikut adalah cuti-cuti yang diberikan:

  • Pekerja am : 20 hari cuti tahunan
  • Golongan professional : 25 hari cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Cuti bersalin sehingga 3 bulan.
  1. Bayaran Pencen setelah bersara
  1. Gaji Tetap & Kenaikan Tahunan
  1. Kesihatan

Antara kelebihan yang seterusnya, pekerja sektor awam tidak perlu bimbang dari segi kos perubatan sekiranya mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan. Ini kerana kos perubatan anda akan dibayar oleh pihak kerajaan setelah anda mengajukan surat Guarantee Letter kepada hospital.

  1. Status Pekerjaan Yang Selamat iaitu sukar untuk diberhentikan asalkan anda menjaga tatatertib sebagai seorang penjawat awam dan tidak pernah ingkar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  1. Kemudahan Pinjaman Kerajaan
  1. Kemudahan Pendidikan

Anda yang berminat untuk menyambung akan ditawarkan dengan pelbagai bentuk tajaan untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara.

  1. Bonus

Setiap tahun kerajaan pasti akan memberikan pelbagai bonus kepada penjawat awam sama ada bonus hari raya atau bonus awal tahun.

  1. Diskaun Khas Hotel

Diskaun khas hotel ini akan dapat apabila penjawat awam memberikan kad kerja atau kad pengenalan anda untuk di akses bahagian hotel untuk membuat semakan. Anda akan mendapat diskaun serta rate yang dijangka untuk tujuan kerja luar dan juga percutian.

11.Pelbagai tuntutan jika kerja di luar

Berikut adalah contoh tuntutan yang anda boleh buat:

  • Tuntutan sewa Hotel
  • Tuntutan Perjalanan
  • Tuntutan Elaun Makan atau Harian

12.Kenaikan Pangkat

Sekiranya anda menepati kelayakan kursus serta kelayakan yang seterusnya, anda pasti dengan mudah menikmati kenaikan pangkat dalam tempoh tertentu.

13.Manfaat Kepada Keluarga Terdekat

Sekiranya keluarga terdekat seperti ibu, ayah, isteri atau anak-anak menghadapi masalah kesihatan, penjawat awam tersebut hanya perlu menggunakan surat GL (Guarantee Letter) sebagai tukaran untuk pembayaran segala kos rawatan termasuk pembedahan.

Senarai jawatan kerajaan (SPA) yang anda boleh melalui SPM

Berikut adalah jawatan yang anda boleh mohon:

  1. Juruaudio Visual Gred N19
  2. Jurubahasa (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  3. Jururawat Masyarakat Gred U19
  4. Juruteknik Komputer Gred FT19
  5. Juruteknik Komputer Gred FT19
  6. Juruteknik Perubatan Gred U19
  7. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  8. Merinyu Tali Air Gred J19
  9. Pegawai Bomba Gred KB 19
  10. Pegawai Imigresen Gred KP19
  11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  12. Pegawai Penjara Gred KA19
  13. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  14. Pelukis Pelan (Seni Bina) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  15. Pembantu Akauntan Gred W19
  16. Pembantu Antidadah Gred S19
  17. Pembantu Arkid Gred S19
  18. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
  19. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
  20. Pembantu Geosains Gred C19
  21. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  22. Pembantu Hidupan Liar (Skim) Perkhidmatan Bersepadu)
  23. Pembantu Juruaudit Gred W19
  24. Pembantu Kemahiran Gred H19
  25. Pembantu Kesatria Gred S19
  26. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  27. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  28. Pembantu Laut Gred A19
  29. Pembantu Makmal Gred C19
  30. Pembantu Makmal Filem Gred C19
  31. Pembantu Muzium Gred S19
  32. Pembantu Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional
  33. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  34. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
  35. Pembantu Pemuliharaan Gred S19
  36. Pembantu Pendaftaran Gred KP19
  37. Pembantu Penerangan Gred S19
  38. Pembantu Penerbitan Gred N19
  39. Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  40. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  41. Pembantu Penilaian Gred W19
  42. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
  43. Pembantu Penyelidik Gred Q19
  44. Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
  45. Pembantu Perangkaan Gred E19
  46. Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
  47. Pembantu Perikanan Gred G19
  48. Pembantu Pustakawan Gred S19
  49. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
  50. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  51. Pembantu Syariah Gred LS19
  52. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  53. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) N19
  54. Pembantu Tadbir (Undang-undang) Gred L19
  55. Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  56. Pemeriksa Cap Jari Gred N19
  57. Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  58. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
  59. Penyelia Asrama Gred N19
  60. Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  61. Operator Wayarles Gred N19
  62. Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kelayakan untuk anda memohon dengan SPM

Berikut adalah kelayakan yang diperlukan:

  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Cara membuat permohonan

Permohonan boleh di buat oleh lepasan SPM yang berminat melalui sistem SPA9.Sebenarnya permohonan adalah dibuka sepanjang tahun dan anda boleh memohon bila-bila masa sahaja.

Bagi mereka yang belum daftar akaun SPA9 ini,boleh rujuk artikel di bawah:

Panduan lengkap daftar SPA9

Kepada yang berminat boleh la memohon dan makluman kepada calon bagi setiap jawatan layak anda akan hadapi ujian kelayakan dan proses temuduga terlebih dahulu sebelum pengambilan jawatan

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via