Terkini pendaftaran online permohonan eRumah Pulau Penang

0 333

Berita baik buat penduduk pulau pinang dan sekitarnya yang ingin memiliki rumah sendiri.Mereka yang berkelayakan di pelawa untuk membuat pendaftaran secara online melalui skim eRumah Pulai Pinang untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing.Pemohonan boleh dibuat melalui pautan sistem Portal Rasmi eRumah Penang.

Gambar Hiasan

Pendaftaran online permohonan eRumah Pulau Penang

Sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang (Penang), eRumah adalah salah satu inisiatif yang disediakan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri “Satu Rumah, Satu Keluarga”.Memandangkan zaman sekarang harga rumah yang terlalu mahal dan kos sara hidup tinggi menyebabkan ramai yang tidak mampu mampu memiliki rumah sendiri.

Laman web sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang, eRumah adalah portal permohonan Rumah Kos Rendah (KR), Kos Sederhana Rendah (KSR), Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pemohon mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi internet

Panduan Permohonan online eRumah Pulau Penang

Disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang boleh dijadikan rujukan untuk anda membuat permohonan nanti :

Pautan Permohonan
Permohonan Boleh dibuat melalui pautan sistem Portal Rasmi eRumah Penang
Borang Manual
Borang permohonan Manual PN1 dan PN4 yang boleh dimuat turun secara percuma di pautan berikut :- Borang PN1 Borang PN4
SYARAT PERMOHONAN
Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah
Rumah Mampu Milik
Klik disini—>Syarat Permohonan Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau boleh lihat dibawah
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
  1. Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut : 
    1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
    1. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
    1. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
    1. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
    1. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
      1. Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
      1. Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
      1. Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
    1. Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
      1. Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
      1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
    1. Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
      1. Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
    1. Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
      1. Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
    1. 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
    1. 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
    1. Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
  2. Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA
  3. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan.
    1. Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
    1. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
    1. Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
    1. Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
    1. Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
    1. Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
    1. Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
    1. Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
  4. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
  5. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.

* Syarat-syarat di atas boleh dipinda / ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.

RUMAH MAMPU MILIK
  1. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
    1. Warganegara Malaysia
    1.  Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
    1. Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang
    1. Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
    1. Bekerja di Pulau Pinang
    1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;
    1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;
    1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;
    1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;
    1. Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;
    1. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau
    1. Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga di bawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon (dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008) adalah LAYAK memohon.
    1. Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.
    1. Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.
    1. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan :-
      1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
      1. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan
      1. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Sijil Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
      1. Salinan laporan CCRIS pemohon dan isteri / suami (sila rujuk Bank Negara Malaysia cawangan berhampiran)
      1. Salinan slip SPR
      1. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
        1. Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri / suami
        1. Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
        1. Pengesahan dari pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
      1. Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri sertakan dokumen berikut :-
        1. Borang-B-Perniagaan (LHDN)
        1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
        1. Salinan penyata KWSP terkini 
        1. Akuan Sumpah Pendapatan
      1. Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut :-
        1. Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
        1. Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum;
      1. Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
      1. Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.
    1. Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
    1. Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan. Akuan yang diperakui oleh selain dari yang diwartakan tidak akan dilayan.
    1. Permohonan perlu dikemaskini setiap 3 tahun ATAU sekiranya terdapat sebarang perubahan taraf perkahwinan dan gaji.
SENARAI PROJEK AKTIF
Klik disini—>Senarai Lokasi projek perumahan

Untuk Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Sila hubungi:
BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 20, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
NO fon: 04-2621957,04-2622904
 
 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!