Cara membuat permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi melalui mySPP

0 644

Bercita-cita ingin menjadi seorang Guru (tenaga pengajar) atau pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT)?Berminat dan mempunyai kelulusan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda,anda boleh memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.Pengambilan jawatan ini di kendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Anda boleh membuat permohonan secara online melalui portal yang di kenali sebagai MySPP.Permohonan jawatan MySPP adalah di buka sepanjang tahun dan pengambilan akan di buka apabila iklan pengambilan dibuka.

Skop Kerja Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Tugas Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. pengurusan pelajar;
  2. pengurusan organisasi;
  3. pengurusan dasar;
  4. penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat;
  5. jaringan dan kolaborasi; dan
  6. pengurusan sumber manusia.

Terdapat dua gred jawatan iaitu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Dan DH29

Kelayakan Pemohon

Berikut adalah kelayakan yang diperlukan untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kelulusan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
  • Syarat kelayakan bagi setiap bidang boleh rujuk melalui pautan INI

Jadual Gaji untuk jawatan DH41 Dan DH29

Berikut adalah jadual gaji bagi setiap jawatan,boleh rujuk gambar di bawah:

Jadual gaji DH41 Dan DH29

Cara membuat permohonan di MySPP

Permohonan boleh di buat melalui langkah-langkah di bawah:

  1. Permohonan hendaklah membuat permohonan melalui dalam talian melalui portal MySPP di pautan berikut https://myspp.spp.gov.my/myspp
  2. Bagi permohonan kali pertama,Anda boleh rujuk cara daftar DISINI
  3. Setelah membuat pendaftaran,masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik LOG MASUK.
Log in MySPP

4.Isikan Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik, Maklumat Kokurikulum dan Maklumat Tambahan.

Maklumat pemohon MySPP

5.Selesai daftar maklumat anda,anda pergi ke bahagian JAWATAN DIMOHON. Masukkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi  di bahagian Jawatan yang dimohon atau jawatan-jawatan lain jika anda ingin mohon yang lain.

pilihan Jawatan SPP

Bagi jawatan-jawatan lain,anda boleh rujuk cara memohon untuk Jawatan SPP Untuk Lepasan PMR/PT3 & SPM

6.Pilih Pusat Temuduga yang nak dan tekan SIMPAN

tempat temuduga SPP

7.Buat Pengesahan jawatan yang anda pilih dan Klik SETUJU dan HANTAR bagi maklumat pengakuan pemohon.

Pemilihan jawatan SPP

8.Permohonan telah berjaya di hantar dan slip perakuan anda di paparkan.Simpan atau cetak sebagai kegunaan untuk masa depan.

Perakuan Pemohon MySPP

Nota Tambahan:

  • Kemaskini Permohonan MySPP anda jika anda tersalah masuk maklumat semasa pendaftaran dan pemilihan jawatan anda dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.
  • Kemaskini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan bila berlaku perubahan maklumat anda hendaklah menghantar Pengakuan Pemohon semula yang menunjukkan anda sudah kemaskini maklumat terbaru.
  • Jika anda terlupa Kata Laluan,boleh pergi ke pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-
  • (a) Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
    (b) Alamat Pada Kad Pengenalan.
    • Bagi pilihan (a), anda diminta memasukkan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat dalam Kad Pengenalan). Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR.
    • Perhatian: Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.
    • Bagi pilihan (b), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti maklumat dalam Kad
      Pengenalan. Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR.
  • Setelah berjaya,boleh Log in seperti biasa di MySPP

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,boleh kemukan melalui saluran-saluran berikut:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More