Cara semak kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah satu program bantuan kerajaan yang mengsasarkan golongan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih dimana ia berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini.
Melalui program ini, Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.Tujuan program ini adalah kerana Kerajaan ingin memastikan bahawa bantuan yang diberikan sampai kepada golongan sasar iaitu keluarga miskin tegar yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Program Rebat Bil Elektrik RM40
Melalui program ini,pengguna yang layak akan menerima:
- Bantuan rebat elektrik percuma sehingga RM40 sebulan
- Bantuan bermula dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021
Siapakah yang layak menerima?
Individu yang layak adalah :
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).
- Terdapat perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut:
Syarat kelayakan penerima
Kelayakan penerima adalah seperti berikut:
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
Boleh juga baca: Pendaftaran EKasih Dan Semak Permohonan Secara Online
Cara semak kelayakan
Individu yang layak boleh membuat semakan kelayakan di laman sesawang
KeTSA melalui pautan berikut:
SEMAKAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40
Rujuk contoh Gambar di bawah:
Makluman:
- Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.
- Pengguna tidak layak menerima rebat bil elektrik RM40 sekiranya tidak tersenarai di bawah kategori miskin tegar yang didaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, walaupun nama pengguna tersenarai dalam Sistem eKasih.
SOALAN LAZIM
Tidak boleh. Kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 perlu disemak di dalam laman sesawang KeTSA sahaja.
Ini kerana, Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Nasional mengenai kemiskinan. Pengguna tidak dapat menyemak
bantuan yang diterima oleh mereka.
•Sistem eKasih ialah Pangkalan Data Nasional mengenai kemiskinan.
• Sehubungan itu, maklumat pengguna yang disahkan dalam Sistem eKasih terbahagi kepada beberapa kategori tertakluk kepada maklumat kemiskinan yang direkodkan.
• Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan
menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.
• Pengguna tidak layak menerima rebat bil elektrik RM40 sekiranya tidak tersenarai di bawah kategori miskin tegar yang didaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, walaupun nama pengguna tersenarai dalam Sistem eKasih.
Terdapat dua kategori pengguna:
o KIR pemegang akaun bil elektrik: Akan terima rebat secara automatik
o KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: Sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utiliti
• Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan sehingga Disember 2021 berdasarkan tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
• Kerajaan akan menyemak semula program rebat pada tahuntahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan program dan tertakluk kepada bajet dan keupayaan kewangan Kerajaan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut,anda boleh hubungi:
- MyGCC: 03-8000 8000
- Tenaga Nasional Berhad (TNB): 1-300-88-5454
- Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB): 088-515000 15454
- Sarawak Energy Berhad (SEB): 1-300-88-3111