Cara mohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 untuk rider

0 1,437

Seperti yang kita sedia maklum,TEKUN meneruskan skim terbaru Mobilepreneur mereka di mana sebelum ini mereka melaksanakan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0.Terbaru adalah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 iaitu pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Program ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional membantu golongan yang kehilangan punca pendapatan ekoran penularan  wabak COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Individu yang layak memohon

Antara syarat-syarat pemohonan untuk memohon:

  1. warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  6. Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  8. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  9. Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Jumlah pembiayaan

Nilai pembiayaan adalah dari RM1,000 hingga RM 10,000 untuk tujuan:

  1. Baik pulih motosikal
  2. Modal pusingan
  3. Pembelian motosikal

Tempoh pembiayaan balik adalah dari 1 tahun hingga ke 3 tahun dan kadar keuntungan yang di kenakan adalah dari 4% setahun.

TEKUN Mobilepreneur 4.0

Cara mohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Pemohon boleh hadirkan diri dan datang ke pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan info dan maklumat lanjut serta dapatkan borang permohonan pembiayaan.

Maklumat lengkap semua pejabat cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dilayari melalui pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/.

Proses permohonan mengambil masa selama 7 hari bekerja.

Muat turun Borang Pembiayaan Permohonan: JPP02 atau JPP17

Dokumen penting permohonan

  1. Borang Pembiayaan Permohonan JPP02 atau JPP17
  2. Gambar pemohon berukuran passport.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
  4. Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  6. Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  8. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  9. Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
  10. Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  11. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  12. Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

MAKLUMAN: TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut,boleh layari laman Rasmi TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my atau pemohon boleh merujuk atau hadir ke pejabat TEKUN yang berdekatan

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More