Jenis pengubahsuaian kenderaan yang anda perlu tahu dan boleh disaman

0 831

Jenis pengubahsuaian kenderaan.Seperti yang kita sedia maklum,bagi peminat kereta dan suka mengubahsuai kereta mesti masih lagi tidak jelas apa yang boleh di ubah dan dan apa yang tidak boleh bahkan boleh di saman oleh JPJ.Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya

Bagi mengelakkan anda di saman di sebabkan kesalahan yang anda tidak tahu,di sini kami akan berkongsi jenis-jenis Jenis pengubahsuaian kenderaan yang boleh anda lakukan dan anda elakkan supaya tidak di saman oleh pihak berkenaan.Pengubahsuain kenderaan terbahagi kepada kenderaan motosikal,Kenderaan Persendirian dan Kenderaan Perdagangan

Pengubahsuaian kenderaan Motosikal

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan JPJ adalah :

  1. Pemasangan pengadang angin
  2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
  3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
  4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Manakala yang tidak dibenarkan:

  1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
  2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
  3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

Pengubahsuaian kenderaan Persendirian

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
  2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
  3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
  4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
  6.  Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
  7. Penukaran kotak gear manual / automatik
  8. Pemasangan kanopi / kanvas
  9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
  10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
  11. Pemasangan spotlight

Manakala yang tidak dibenarkan

  1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
  2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
  3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  4. Penukaran sistem pacuan.
  5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
  7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
  9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.

Boleh juga baca: Cara Semak No Terkini Dan Tempah Pendaftaran Plat Kenderaan JPJ

Jenis pengubahsuaian kenderaan yang memerlukan kebenaran

Berikut merupakan jenis-jenis pengubahsuaian pada kenderaan persendirian dan perdagangan yang memerlukan kebenaran JPJ:

Kenderaan Persendirian

  • Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
  • Penukaran sistem bahan bakar.
  • Penukaran enjin.
  • Status kenderaan Vintaj/Klasik
  • Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

  • Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  • Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
  •  Mengubah bilangan tempat duduk
  • Penukaran Had Berat
  • Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
  • Penukaran Kabin
  • Pemasangan Lantai/Lapik Besi
  • Mengubah Kegunaan Kenderaan
  • Penukaran Gandar
  • Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More