Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah program bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai respons terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.
Dalam suasana peningkatan kos sara hidup yang semakin mendesak, SKAS bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan, khususnya isi rumah, warga emas, dan individu bujang yang layak.
Apa itu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah inisiatif baru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.
Dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 850,000 penerima di seluruh negeri. SKAS menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global untuk membeli barangan makanan asas.
Syarat Kelayakan & Kategori Penerima
Untuk layak menerima bantuan SKAS, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia yang beralamat dan menetap di Sarawak.
- Pemegang Kad Pengenalan K (Anak Sarawak).
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000.
Kategori penerima adalah seperti berikut:
- Isi Rumah: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas: Individu berumur 60 tahun ke atas tanpa pasangan atau anak, dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang: Individu bujang berusia 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas) dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026
Nilai bantuan SKAS 2026 telah dinaikkan bagi semua kategori berbanding 2025. Berikut adalah kadar terkini:
| Kategori Penerima | Had Pendapatan | Bantuan 2025 | Bantuan 2026 | Kenaikan |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | ≤ RM5,000/bulan | RM800 | RM950 | +RM150 |
| Warga Emas (Tanpa Pasangan/Anak) | ≤ RM5,000/bulan | RM400 | RM500 | +RM100 |
| Bujang | ≤ RM2,500/bulan | RM250 | RM300 | +RM50 |
Mulai 2026, SKAS dibayar dalam 3 fasa (setiap 4 bulan sekali) dan disalurkan melalui aplikasi S Pay Global. Jadual bayaran adalah seperti berikut:
| Kategori | Fasa 1 (10 Mac) | Fasa 2 (25 Mei) | Fasa 3 (10 Nov) | Jumlah Setahun |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM316 | RM318 | RM950 |
| Warga Emas | RM166 | RM166 | RM168 | RM500 |
| Bujang | RM100 | RM100 | RM100 | RM300 |
Tarikh Bayaran
Pembayaran bantuan SKAS akan di salurkan bermula 10 MAC 2026 melalui S Pay Global
Penerima yang layak akan menerima bantuan secara automatik tanpa perlu memohon,berikut adalah maklumat terperinci untuk rujukan:
- Fasa 1 — 10 Mac 2026 (sudah berlalu)
- Fasa 2 — 25 Mei 2026 (sebelum Hari Raya Haji & Gawai)
- Fasa 3 — 10 November 2026
- Disalurkan melalui S Pay Global (e-dompet)
- Senarai penerima berdasarkan data STR Fasa 1, 2026
- Tiada permohonan baharu — penerima layak terima secara automatik
Semakan Status & Kelayakan
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka melalui laman web rasmi SKAS mulai 7 Mac 2026.
Semakan kelayakan SKAS 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi Kerajaan Sarawak. Ikuti langkah mudah berikut:
- Layari portal rasmi SKAS: https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan (tanpa tanda ‘-‘)
- Klik butang “Search”
- Status kelayakan anda akan dipaparkan secara automatik
✅ Jika layak, mesej pengesahan akan terpapar beserta maklumat kategori dan jumlah bantuan anda.
❌ Jika tidak layak, semak semula data STR anda atau hubungi pejabat daerah berhampiran.
Cara Semak Melalui Aplikasi S Pay Global
Selain portal web, semakan dan penerimaan bayaran juga boleh dilakukan terus melalui S Pay Global:
- Buka aplikasi S Pay Global di telefon pintar anda
- Klik pada notifikasi SKAS 2026 yang dihantar kepada anda
- Anda akan dibawa ke halaman pengesahan — klik butang “Acknowledge”
- Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun S Pay Global anda
Permohonan Rayuan
Permohonan rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dikemaskini.Tarikh rayuan SKAS 2026 BELUM DIUMUMKAN secara rasmi sehingga kini
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Sarawak apabila fasa rayuan dibuka:
- Layari https://www.sarawak.gov.my/
- Log masuk menggunakan SarawakID anda
- Jika belum ada SarawakID — klik “Register Now” → pilih “Malaysian / Warganegara” → isi maklumat yang diperlukan
- Setelah log masuk, cari menu Rayuan SKAS 2026
- Isi borang rayuan dengan lengkap dan muat naik dokumen yang diperlukan
- Semak semula maklumat dan klik “Hantar”
- Simpan nombor rujukan rayuan untuk semakan status kemudian
Boleh juga baca: SELANGKAH Wallet-Medium transaksi Bingkas Selangor
Cara Daftar Sarawak ID
Pendaftaran Sarawak ID adalah langkah penting untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Berikut adalah cara untuk mendaftar:
- Layari laman web rasmi Sarawak ID
- Isi borang pendaftaran dengan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel, dan nombor telefon.
- Ikuti arahan pengesahan identiti melalui emel atau SMS.

Cara Membuat Pendaftaran S Pay Global
Untuk mendaftar sebagai pengguna S Pay Global, ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store.
- Buka aplikasi dan pilih “Daftar/Login”.
- Isi butiran yang diperlukan seperti nama penuh dan nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS untuk pengesahan.
- Lengkapkan maklumat tambahan seperti nombor kad pengenalan dan tarikh lahir.
Soalan Lazim (FAQ)
| Soalan | Jawapan |
|---|---|
| 1. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak status penerima? | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik akan menerima SKAS. Semakan boleh dibuat di laman web sarawak.gov.my mulai 1 Januari 2025. Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan. |
| 2. Sekiranya nama saya ada dalam senarai penerima SKAS, bagaimanakah bantuan tersebut akan diberikan kepada saya? | Bantuan akan disalurkan terus melalui aplikasi SPay Global. Penerima perlu memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar mereka. |
| 3. Apakah yang saya perlu lakukan jika notifikasi menyatakan akaun SPay Global saya telah wujud, namun saya tidak mengetahui kewujudan akaun tersebut? | Akaun SarawakID dan SPay Global menggunakan username/ID yang sama. Untuk maklumat lanjut, kemaskini maklumat SarawakID di laman web sarawak.gov.my dengan log masuk menggunakan nombor MyKad. |
| 4. Saya lupa ID dan kata laluan / belum mendaftar Sarawak ID. Apakah yang perlu saya lakukan? | Untuk mendapatkan Sarawak ID, daftar di laman web sarawak.gov.my atau kunjungi mana-mana Pusat Servis Sarawak seperti di Kuching, Sibu, Miri, Serian, Sri Aman, Betong, dan Sarikei. |
| 5. Bilakah bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun SPay Global? | Penyaluran bantuan ke akaun SPay Global penerima yang layak akan dilakukan mulai 18 Februari 2025 |
| Bukan Penerima SKAS: | |
| 1. Bilakah permohonan rayuan SKAS akan dibuka? | Permohonan rayuan SKAS akan dibuka dari 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025 melalui laman web sarawak.gov.my. |
| 2. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan rayuan SKAS? | Maklumat lanjut mengenai dokumen sokongan boleh dirujuk di laman web sarawak.gov.my mulai 1 Februari 2025. |
| 3. Bilakah keputusan permohonan rayuan SKAS diumumkan? | Keputusan rayuan boleh disemak di laman web sarawak.gov.my mulai 1 Jun 2025. |
| 4. Bilakah bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun SPay Global setelah permohonan rayuan diluluskan? | Tarikh pemberian bantuan bagi permohonan rayuan akan diumumkan melalui laman web sarawak.gov.my. |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai SKAS dan proses pendaftaran, sila layari laman web rasmi kerajaan Sarawak atau portal SKAS. Ini termasuk informasi terkini mengenai tarikh pembayaran dan prosedur rayuan bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima.
Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam membantu rakyat Sarawak menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, serta memastikan bahawa golongan berpendapatan rendah mendapat sokongan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka dengan lebih baik.