Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Surat Tunjuk Sebab mestilah di beri jika anda lewat atau tidak hadir ke kerja jika berlaku kecemasan seperti kesihatan, urusan keluarga dan sebagainya kerana pihak majikan memerlukan surat ini sebagai makluman kenapa anda tidak hadir bekerja atau lewat masuk ke tempat kerja.
Ini adalah untuk rekod Bahagian Sumber Manusia untuk penjelasan anda tidak hadir kerja dan mempunyai sebab yang kukuh serta mendapat pertimbangan daripada pihak berkenaan.
Biasanya pelbagai sebab seseorang tidak hadir kerja seperti :
Untuk contoh Surat Pengesahan Pendapatan,boleh rujuk formatnya DISINI
Disebabkan ini adalah dokumen rasmi maka format surat rasmi perlu di gunakan.Berikut adalah format dan perkara yang wajib ada dalam surat tersebut:
Berikut adalah contoh surat yang boleh anda jadikan rujukan:
Azhari Bin Ismail
No 125, Jalan Eko Kiung, Taman Debunga
43000, Kajang, Selangor
Tarikh : 15 Jun 2020
Pengurus,
Kilang Low Industri,
31,Taman Perindustrian CVhua, 43000, Kajang
Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA
Merujuk perkara di atas, saya, Azhari Bin Ismail ingin menyatakan sebab-sebab lewat hadir ke tempat kerja pada 13 Mei 2020.
2. Untuk makluman, saya lewat hadir ke kerja pada 13 Mei 2020 kerana kereta rosak dan tayar pecah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
3. Saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk hadir ke tempat kerja dah menyebabkan sebarang kesulitan pada kilang.
4. Saya berjanji akan lebih berhati-hati dan tidak mengulangi perkara ini dan akan memaklumkan tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja Sekian, terima kasih.
Yang benar,
____________
Azhari Bin Ismail
Sebarang kekeliruan,boleh rujuk video di bawah cara untuk menggunakan format Surat Rasmi dalam membuat surat tunjuk sebab tersebut: