MYTV:Cara Beli,Senarai Saluran dan cara Pemasangan
MYTV ialah Siaran Digital myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang amenawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang yuran dan langganan bulanan.
Dengan perlantikan MYTV sebagai siaran digital ini dapat merubah sistem penyiaran negara dari analog ke digital.Melalui kemudahan ini,rakyat malaysia akan dapat menikmati kualiti siaran HD,kualiti audio lebih bagus,lebih banyak saluran TV,akses EPG dan Sarikata yang pelbagai
Cara Akses Siaran TV Digital MYTV
Siaran Digital ini boleh diakses melalui TV baharu atau lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.
Untuk melihat sama ada TV anda sesuai atau tidak,anda boleh rujuk spesifikasi atau ciri TV tersebut dengan menyemak dengan penjual tersebut,Manual Pengguna atau Website jenama tersebut
Cara dapatkan Dekoder
Untuk dapatkan dekoder DVB-T2 dan TV digital,anda boleh dapatkan:
- Secara online di website Pensonic.Harga yang di tawarkan berharga RM130 di website yang dinyatakan
- Wakil penjual yang berdaftar di kedia-kedai elektrik di seluruh negara
Nota :
- Anda boleh dapatkan rundingan daripada Wakil Penjual yang sah berdekatan kawasan anda.
- Wakil penjual MYTV adalah terlatih dan boleh berikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangan sekiranya perlu.
Kelebihan Siaran Digital
Siaran digital ini memberi banyak kelebihan dari segi visual dan audio seperti:
- Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
- Audio yang berkualiti tinggi
- Penambahan perkhidmatan dan saluran TV
- Paling best,tanpa bayaran bulanan.
[Boleh juga baca: Cara Bayar Cukai Tanah Online ]
Senarai Saluran dan Radio
Berikut adalah senarai saluran yang diberikan:
Saluran TV | Nombor |
TV1 (HD) | 101 |
TV2 (HD) | 102 |
TV3 (HD) | 103 |
Wow Shop (Melayu) | 104 |
Wow Shop | 106 |
NTV7 | 107 |
8TV | 108 |
TV9 | 109 |
TV Okey (HD) | 110 |
Sukan RTM (HD) | 111 |
Awesome TV (HD) | 112 |
TV6 | 113 |
TV Al-Hijrah (HD) | 114 |
SUKETV | 116 |
Astro Go Shop | 120 |
Bernama News Channel | 121 |
TVS (HD) | 122 |
Berita Semasa RTM | 123 |
Saluran Radio
Saluran Radio | Nombor |
Nasional FM | 701 |
Traxx FM | 702 |
Minnal FM | 703 |
Ai FM | 704 |
Klasik FM | 705 |
Asyik FM | 706 |
Sabah FM | 707 |
Sabah FM | 708 |
Sarawak FM | 709 |
Wai FM | 710 |
Cara Pemasangan MYTV
Berikut adalah cara pemasangan MYTV :
Terdapat 2 cara pemasangan yang di galakkan iaitu
1.Dekoder
- Jika anda menggunakan TV Biasa,Sambungkan dekoder DVB-T2 kepada TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.
2.IDTV
- Untuk IDTV senang sahaja dan mudah dengan sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda.Biasanya TV yang baru memang ada terminal Aerial IDTV
- Set TV lama memang perlukan dekoder DVB-T2 untuk dapatkan siaran digital jika ada sambungan input AV/HDMI.
- Guna aerial UHF untuk dapatkan siaran yang lebih stabil dan lancar.
Untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas,boleh ikuti video cara pemasangan di bawah:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Talian Khidmat Pelanggan: 1300-80-6988
Email :careline@mytvbroadcasting.my