Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah daftar ShopeePay sebagai method pembayaran di dalam Shopee? Dalam aplikasi shopee terdapat wallet ShopeePay untuk memudahkan urusan pembayaran dalam shopee.
ShopeePay berperanan sebagai transaksi dalam talian dalam Shopee dan menerima atau membuat pemindahan duit kepada kenalan anda atau mengeluarkan dana ke akaun bank. Pendaftaran akaun ShopeePay boleh dibuat secara online.
Kini, penggunaan ShopeePay sudah diperluaskan dimana eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai fizikal.
ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda. Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.
Bukan itu saja, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.Baguskan?
Nak dapatkan voucher Free shipping dari SHOPEE,boleh dapatkan DISINI
Sebelum membuat pendaftaran dan pengaktifan ShopeePay ,pastikan anda dah daftar akaun untuk shopee dan yang paling penting anda kena install dulu aplikasi shopee melalui pautan berikut:
ATAU boleh daftar sendiri di laman web https://shopee.com.my/
Nota Tambahan:
Setiap pengguna hanya dibenarkan untuk menetapkan satu sahaja nombor kad pengenalan bagi setiap akaun. Sekiranya anda menggunakan akaun baru, akaun lama yang menggunakan nombor kad pengenalan yang sama haruslah dipadam.
Untuk upgrade ke akaun premium,anda perlu membuat verifikasi akaun dengan memuat naik gambar MyKad anda bahagian depan dan belakang.
Tempoh pengesahan ini hanya mengambil masa selama tempoh 24 jam dan setelah berjaya, akaun anda secara automatik akan dinaiktaraf ke akaun Premium.
Topup shopeePaya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui kad kredit atau debit, Maybank2U, perbankan dalam talian dan secara tunai di kedai serbaneka yang mengambil bahagian.
Untuk tambah Nilai di ShopeePay,anda boleh ikuti langkah di bawah:
Boleh juga baca: Daftar GrabPay EWallet
Untuk membuat pengeluaran,pastikan anda telah membuat pengesahan verifikasi identiti diri anda di ShopeePay.
Boleh ikuti langkah pengeluaran di bawah:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Shopee Customer Service No: 0327779222 (7 pagi-10 malam setiap hari)