Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kad Debit Wise Malaysia atau kad Wise adalah kad debit yang boleh digunakan untuk transaksi fizikal, pengeluaran di ATM, serta pembelian dalam talian dengan kemudahan dan keselamatan yang tinggi.
Kad ini menawarkan cara pembayaran yang cepat, selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 50 jenis mata wang, ke lebih 70 negara. Sejak dari tahun 2021, pelanggan di Malaysia juga boleh membuka akaun multi-currency Wise.
Selain itu, mereka juga boleh dapatkan kad debit Wise untuk perbelanjaan dan pengeluaran yang lebih mudah.
Kad ini merupakan kad debit Visa yang dipautkan (linked) kepada akaun multi-currency Wise . Anda boleh memesan kad fizikal Wise dan gunakan untuk membayar secara fizikal dan buat pengeluaran di ATM. Selain itu, anda boleh gunakan kad digital untuk belanja secara online.
Kad debit Wise Visa boleh digunakan di serata dunia untuk pengeluaran dan pengeluaran dalam lebih 50 jenis mata wang, tanpa caj transaksi asing dan tiada caj penyelenggaraan semasa untuk akaun.
Tambahan lagi, tiada yuran tahunan akan dikenakan – hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah untuk memesan kad anda. Tiada lagi caj semasa akan dikenakan selepas itu
Berikut adalah faedah yang terdapat dalam kad tersebut:
1)Boleh digunakan di lebih 175 negara dalam lebih 40 jenis mata wang
Boleh digunakan lebih daripada 40 jenis mata wang dan pengguna boleh berbelanja di lebih 175 negara di seluruh dunia
2)Tambah nilai akaun dalam RM dan tukar ke mata wang lain berdasarkan mid-market exchange rate
Anda boleh top duit anda dalam kad dan tukar ke matawang lain dengan Aktifkan fungsi auto-conversion kad anda.
Kadar tukaran yang digunakan adalah kadar pasaran pertengahan (mid-market exchange rate) serta caj rendah daripada 0.43%.
3)Pengeluaran percuma sehingga RM1000 tanpa caj setiap bulan
Gunakan kad anda di mana-mana ATM yang menerima Visa.
Pengeluaran tanpa caj sehingga RM1000 untuk setiap bulan dan pengeluaran yang melebihi jumlah tersebut caj yang rendah akan di kenakan.
Tiada caj untuk transaksi asing serta pendahuluan tunai akan dikenakan.
4) Belanja di stor antarabangsa secara online
Kad ini menawarkan kadar tukaran yang tinggi ketika anda berbelanja dalam mata wang asing termasuk perbelanjaan online di stor antarabangsa.
Boleh juga baca: Kad Visa Touch N Go:Permohonan,Pengaktifan Dan Kegunaan
Berikut adalah ciri keselamatan yang terdapat dalam kad ini:
Permohonan boleh di buat secara atas talian/Online melalui cara berikut:
**Kad debit Wise yang anda pesan akan mengambil masa sekitar dua minggu untuk sampai.
Akaun boleh dibuka secara percuma dan tiada caj semasa atau penyelenggaraan.Setelah membuat pemesenan anda hanya perlu membayar sekali sahaja caj yang rendah
Berikut adalah kadar caj kad untuk kad Wise di Malaysia:
| Perkhidmatan | Caj |
|---|---|
| Memesan kad fizikal | RM 13.70 |
| Dapatkan kad digital | Percuma apabila anda memesan kad fizikal |
| Memperbaharui kad | Percuma |
| Belanja menggunakan kad | Percuma untuk mana-mana mata wang yang dipegang Tukaran wang asing menggunakan mid-market exchange rate, dengan caj rendah bermula dari 0.43% |
| Pengeluaran ATM | 2 kali pengeluaran dalam sebulan, jumlah sehingga RM1,000 – tiada caj RM 5 + 1.75% dikenakan untuk pengeluaran melebihi jumlah tersebut |
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk :
Laman Web: https://wise.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Wise/