Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Anda boleh buat Temujanji online PUSPAKOM terlebih dahulu untuk perkhidmatan yang anda inginkan.Untuk makluman anda,Mulai 1 September 2021, anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan((kecuali motosikal)) di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM terdekat anda kecuali Taman Daya, Sabah & Sarawak.Inisiatif urusniaga pebaharuan LKM bagi kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM ini akan dilaksanankan secara berperingkat di SEMUA 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagi fasa awal pelaksanaannya, ia hanya akan melibatkan kenderaan persendirian, sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat.Orang ramai dinasihatkan untuk lakukan temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir terus ke PUSPAKOM untuk memudahkan urusan anda.
Bagi mereka yang ingin menjual kenderaan,sudah tentu anda ingin tukar nama kepada pemilk baru dan memerlukan pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.Jom kita semak bagaimana proses pemeriksaan untuk kenderaan terkini
Boleh juga baca: JPJeQ:Cara Daftar No Giliran Untuk Temujanji JPJ DI SINI
Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.
PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.
Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.
Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan
Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan di PUSPAKOM:
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.
Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.
Berikut fi yang di kenakan untuk Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik adalah sebanyak RM30.
Berikut adalah dokumen yang perlu di bawa:
Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

Anda juga boleh baca: Peraturan Cermin Gelap JPJ/PUSPAKOM Yang Dibenarkan:Syarat Dan Cara Memohon
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.
Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan PUSPAKOM di sini.
Untuk mencari pusat pemeriksaan_PUSPAKOM berhampiran anda,anda boleh rujuk di pautan berikut KLIK SINI
Boleh Klik Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
Disini untuk Rujukan
Bagi pemeriksaan e-hailing di PUSPAKOM untuk rujukan anda,anda boleh muat turun maklumat lanjut di sini:

Anda boleh dapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan fi pemeriksaan hanya RM15.00 sahaja bagi satu item.

Untuk makluman,Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan bagi kategori kenderaan berikut (hanya di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Taman Daya) bermula 1 September 2021 :

Berikut adalah cara daftar akaun :
Mod pembayaran di kaunter PUSPAKOM adalah secara tunai.Berikut adalah cara membuat permohonan temujanji secara online:






Boleh juga rujuk infografik di bawah untuk panduan permohonan:

SOALAN LAZIM
Adakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik?
Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.
Kenapa perlu dibuat pemeriksaan PUSPAKOM?
Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.
Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?
Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia).
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh di ajukan melalui saluran berikut: