Tahukah anda Peraturan Cermin Gelap JPJ/PUSPAKOM Yang Terkini?Berminat nak tinted kereta tapi tidak tahu berapa peratusan cermin gelap yang di benarkan untuk individu.Menurut JPJ, mana-mana pemandu yang memandu kenderaan tanpa mematuhi had cermin gelap ditetapkan boleh dikompaun RM300 atau denda RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya!
Untuk makluman, pemasangan cermin gelap dibenarkan kepada individu tertentu di bawah subkaedah 11(1)(a) dan 11(1)(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Penggunaan Kaca atau Bahan Lutsinar Lain)(Pindaan) 2019
Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu menggelapkan kenderaan mereka melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan tertentu.Tempoh kelulusan adalah selama 2 tahun sahaja.Kelulusan yang telah tamat tempoh perlu membuat permohonan baharu dalam tempoh dua (2) bulan sebelum tempoh kelulusan tamat dan pemohon akan dikenakan jumlah fi yang sama.
Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
Laporan Perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik;
Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pesakit sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas permohonan kesihatan.
Permohonan Berasaskan Keselamatan
A) Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat;
Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP dan APAD;
Mengemukakan Surat Sokongan daripada Ketua Polis Negeri di negeri tempat pemohon menetap; (Keputusan Mesyuarat JKCG Bil.1/2021) – Kemukakan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar;
Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja, jika tidak sila kemukakan surat hubungan dengan pemilik kenderaan jika kenderaan bukan hak milik pemohon (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan);
Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
Fi Perakuan Kelulusan dikenakan sebanyak RM 5,000.00 dan pembayaran dibuat setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap dari Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan)
B) Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan;
Mestilah surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan;
Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan @ tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
Fi Perakuan tidak dikenakan ke atas permohonan kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan.
Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan.
Setiap kelulusan diberikan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja.
Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (2) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan surat rasmi dan laporan perubatan yang terkini.
Permohonan Pertukaran Kelulusan Cermin Tinted
Pertukaran kelulusan cermin gelap JPJ mestilah atas sebab berikut;
Pemilik kenderaan motor membuat tukar ganti (interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor; atau
Pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya;
Tempoh sah laku kelulusan terdahulu tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan.
Permohonan yang telah mendapat kelulusan pertukaran, tempoh tamat sah kelulusan mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu.
Jika tempoh sah laku kelulusan terdahulu kurang daripada 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru.
Sertakan surat perakuan kelulusan kenderaan terdahulu.
Bayaran fi dikecualikan dan permohonan ini hendaklah dihantar secara terus ke Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ.
Sebarang pertanyaan dan maklumat Lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
No. Tel : 03-88928194 / 8186
Alamat: Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Aras 3, Jalan Tun Hussein Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 61200 PUTRAJAYA