Permohonan Bantuan kanak-kanak dan keluarga JKM 2021

0 33,251

Bantuan kanak-kanak dan keluarga JKM.kanak-kanak adalah bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001.Mereka adalah tunjang kepimpinan negara pada satu hari kelak,Sehubungan itu,Mereka adalah pewaris masa hadapan kita. Oleh itu, atas keprihatinan Kerajaan melalui Belanjawan 2021, Kementerian telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kanak-kanak.

Permohonan Bantuan kanak-kanak dan keluarga JKM 2021

Sebelum ini kerajaan memperuntukkan RM100  bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM450 sekeluarga sebulan.Pada kali ini kami akan berkongsi cara memohon bantuan ini dengan ringkas dan mudah lulus.JOM BACA DI BAWAH.

Serba sedikit mengenai Bantuan kanak-kanak dan keluarga JKM 2021

Menurut YB Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, kadar bantuan 2021 adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  2. Kanak-kanak 7 tahun – 18 tahun : RM150 Sebulan
  3. Dengan kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.
  4. Satu keluarga yang berkelayakan boleh dapat bantuan sehingga RM12,000.00 setahun.

Kelayakan untuk permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinina (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Untuk kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Kanak-kanak yang berumur 18 dan ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah.

Cara Membuat Permohonan Bantuan

Permohonan boleh dilakukan dengan dua cara sama ada melalui Online atau Manual Barang.

Permohonan Online

  1. Pergi ke pautan rasmi berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Pilih Negeri & isikan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Klik Daftar.
  5. Isikan setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang telah dibuat.
  7. Bawa sekali dokumen yang berkaitan.

Boleh juga baca:

Bantuan lain yang mungkin anda boleh mohon:

  1. Panduan Daftar Bantuan Ibu B40 RM200 KISS Selangor 2020/2021.
  2. Bantuan Smartphone Percuma B40 Semakan Dan Permohonan Online
  3. Panduan Mohon Bantuan Pembiayaan Aspirasi Assist Hingga RM20,000
  4. Cara Mohon Bantuan Selesaikan Hutang Melalui Baitumal MAIWP

Permohonan Manual

  1. Pergi ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  2. Bawa sekali borang & dokumen yang berkaitan.

Antara dokumen-dokumen yang berkaitan:

  • Salinan MyKad kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU (Jika ada)
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti – salah satu (air/ elektrik/ telefon/ astro)

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DIBAWAH:

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

No Telefon:
03-8000 8000

Alamat :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!