Permohonan Pengeluaran KWSP RM 5000 buat ahli Yang Tidak Mampu Bekerja

0 953

Pengeluaran KWSP RM 5000.Banyak faedah yang diberikan kepada pencarum jika mencarum dengan KWSP, pelbagai bantuan yang kita boleh mohon melalui KWSP. Untuk Makluman anda,ahli KWSP yang tidak boleh bekerja,boleh mohon bantuan RM 5,000 setiap seorang sekiranya layak dan lulus permohonan.

Pengeluaran KWSP RM 5000

Sepanjang pandemik Covid-19 ini,sudah tentu ramai yang terkesan dengan kehilangan punca pendapatan dan sebagainya,anda boleh sebenarnya boleh membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 2 melalui i-Lestari atau i-Sinar untuk anda jika terjejas.

Anda boleh juga baca: Permohonan Khairat Kematian Ahli KWSP Tuntutan Sebanyak RM2500

Syarat Permohonan Pengeluaran KWSP RM 5000

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 60 Tahun.
  3. Tempoh perkidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan.
  4. Ditamatkan perkhidmatan atau hilang perkerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja.
  5. Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan.

Selain pengeluaran untuk rawatan kesihatan, ahli juga boleh membuat pengeluaran untuk tujuan berikut:

  1. Pendidikan
  2. Rawatan Kesuburan
  3. Beli Rumah
  4. Bina Rumah
  5. Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  7. Perumahan Fleksibel
  8. Perumahan PR1MA
  9. Haji
  10. Simpanan Melebihi RM1juta

Bagi pengeluaran untuk baki simpanan pula,berikut adalah syarat-syaratnya:

  1. Dibawah umur 60 tahun.
  2. Mempunyai simpanan di dalam akaun KWSP..
  3. Tidak lagi bekerja.
  4. Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang keupayaan fizikal atau mental.
  5. Mesti dinilai oleh lembaga perubatan KWSP. Temujanji penilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter.

Pihak KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan. Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh dilakukan kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

Dokumen sokongan untuk permohonan

Berikut dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Borang KWSP 9L (AHL) & Senarai Semak Dokumen 
  • Borang KWSP 3 (Pindaan): Penghantaran melalui pos/ pengesahan cap ibu jari gagal.
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal.
  • Tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat pada laporan penuh perubatan asal dari Institusi Perubatan.
  • Buku bank / Penyata akaun simpanan / Penyata akaun semasa / Surat pengesahan aklumat pemegang dari akaun bank/ Maklumat pemegang akaun
  • Bukti surat ditamatkan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam / pilihan sektor lain)

Sila pastikan semua salinan dokumen telah DISAHKAN dan DIAKUI oleh orang yang diberi kuasa. (Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

Cara untuk membuat permohonan

Menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang berdekatan anda dan membawa dokumen sokongan bersama-sama.

Jenis Pembayaran Bantuan pengeluaran KWSP yang dibuat

Bayaran Dalam Negara

  • Wang bantuan atau baki simpanan akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda. Oleh itu pastikan akaun bank anda aktif dan nombor kad pengenalan anda sama dengan rekod bank.
  • Jika bayaran gagal, anda akan diberikan Cek Jurubank.

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran akan dibuat mellaui Draf Bank Asing mengikut wata wang yang anda tetapkan dan terdapat dalam senarai mata wang yang disahkan.
  • Draf Bank Asing adalah di dalam mata wang USD sekiranya mata wang pilihan tiada dalam senarai  yang disahkan.
Pertanyaan dan maklumat

Boleh berhubung terus ke cawangan KWSP yang berdekatan anda atau boleh layari Laman Web Rasmi

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More