Warganegara Malaysia bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun keatas dan pendapatan isi rumah individu atau keluarga antara rm2500-rm15000 dipelawa untuk memohon skim perumahan PR1MA .Kediaman PR1MA hanya boleh boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
Permohonan pendaftaran boleh dibuat melalaui pautan online yang disertakan dibawah.PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA).
Profil PR1MA |
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana |
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz |
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara |
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000 |
SYARAT DAN KRITERIA ASAS PERMOHONAN RUMAH PRIMA |
Warganegara Malaysia |
Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas |
Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000 |
Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah |
MOHON PR1MA SECARA ONLINE | |
Disini kami sediakan cara membuat permohonan secara online,boleh klik pada link-link yang berkaitan dibawah | |
Garis Panduan Cara Permohonan PR1MA | |
Sekiranya pemohon menepati syarat dan kriteria asas yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut | |
Pendaftaran Akaun PR1MA | |
Mendaftar akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan | |
Setelah berjaya mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan | |
Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut | |
https://register.pr1ma.my/Account/Login | |
SENARAI NEGERI / WILAYAH KEDIAMAN PR1MA |
Kediaman PR1MA Mengikut Wilayah Negeri |
KEPUTUSAN PERMOHONAN RUMAH PRIMA |
Keputusan cabutan undi akan diumumkan di Portal Rasmi PR1MA https://www.pr1ma.my |
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS |
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda |
BERKAITAN |
Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri |
Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka |
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian |
Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain |
Rumah PR1MA wajib didiami pemilik |
MAKLUMAT LANJUT |
Persoalan Yang Sering Ditanya Beserta Jawapan |
Bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan pertanyaan, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik pada judul pautan dibawah |
Facebook Rasmi PR1MA Home |
Pemohon disarankan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA |

.