Permohonan Khairat Kematian Ahli KWSP tuntutan sebanyak RM2500

0 1,095

Khairat Kematian Ahli KWSP.Permohonan Khairat Kematian boleh dituntut sekiranya pencarum KWSP telah meninggal dunia dan tahukah anda anda boleh tuntutan sebanyak RM2500.

Permohonan Khairat Kematian Ahli KWSP tuntutan sebanyak RM2500

Pembayarana akan dilakukan secara terus kepada waris yang layak sahaja.Caranya anda hendaklah menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang terdekat untuk membuat tuntutan tersebut dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

Boleh juga baca: Panduan Urus Tukar Penama KWSP Dan Tiada Penama

Syarat Kelayakan untuk membuat tuntutan Khairat Kematian Ahli KWSP

Kelayakan untuk membuat tuntutan adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  3. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  4. Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Dokumen Wajib dan Sokongan untuk tuntutan

Berikut dokumen wajib yang diperlukan:

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  2. Sijil Kematian Ahli
    *Bagi anggota tentera / polis yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu kemukakan Surat Pengesahan Kematian oleh Majikan
  3. Kad Pengenalan Diri Pemohon
    i. MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permaustautin Tetap (MyPR)
    ATAU
    ii. Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia.
    *Salinan Kad Pengenalan PERLU dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
  4. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Pemohon
    – Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web
    *Akaun bank mestilah yang dilantik oleh KWSP dan aktif

Untuk dokumen sokongan pula adalah :

NOTA PENTING:KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dapatkan senarai semak dokumen permohonan tuntutan Khairat Kematian Ahli KWSP di cawangan terdekat anda

Maklumat Lanjut

Boleh bertanyakan secara online melalui PERTANYAAN KWSP atau terus ke kaunter KWSP cawangan berdekatan anda

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X