Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin adalah satu inisiatif terbaru dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sudah bermula sekarang.
Tujuan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) memberi peluang kepada belia dan ibu tunggal berpendapatan B40, serta pelajar mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma. SSM menjangkakan skim ini akan memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.
Terbaru Februari 2021,SSM telah memperluaskan kategori yang layak kepada semua orang di dalam golongan B40 (sebelum ni cuma ibu tunggal, belia, dan pelajar je yang layak untuk memohon SPPP).
Tujuan penubuhan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Manfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.
Membantu golongan ini menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian
Merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara
Kelayakan Penerima
kategori kelayakan permohonan adalah:
1) Kategori Belia Golongan B40
Berumur 18 hingga 30 tahun;
Mengikut umur maksima berdasarkan definasi Dasar Belia Malaysia;
Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
2) Kategori Ibu Tunggal Golongan B40
Berumur 18 tahun dan ke atas;
Mengikut syarat seperti yang didefinisikan sebagai ibu tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM);
Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM
3) Kategori Pelajar
Berumur 18 tahun dan ke atas;
Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. SPPP akan memanfaatkan geran sebanyak RM10 juta yang turut diperuntukkan kepada Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Sehingga kini sebanyak RM3.93 juta daripada geran tersebut telah digunakan dan baki sebanyak RM6.07 juta boleh dimanfaatkan oleh golongan-golongan ini sehingga tahun 2026.
Bagi yang belum ada akaun, klik Sign Up untuk daftar dan pastikan nama penuh adalah sama dengan MyKad.
Setelah daftar Log In seperti biasa
4.Klik di bahagian New Business dan lengkapkan semua maklumat yang diminta. Pastikan nama syarikat yang diisi tu sama dengan apa yang korang nak. Antara maklumat yang perlu diisi adalah:
Nama perniagaan
Tarikh mulakan perniagaan
Alamat utama perniagaan
Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
Maklumat pemilik dan rakan kongsi (jika ada)
Jenis perniagaan yang akan dijalankan
Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Pada bahagian Business Information, letakkan maklumat perniagaan andaDi bahagian Business Code pula, pilih mana-mana kod yang berkaitan dengan perniagaan anda
5. Teruskan permohonan SPPP di laman tersebut sehingga selesai.
Bila dah selesai isi semua, tunggu e-mel pengesahan permohonan daripada SSM. Atau nak semak secara manual pun boleh. Pilih My Business Service > List New Business Registration. Kalau dah diluluskan SSM, barulah pendaftaran syarikat berjaya
Anda mesti muat turun semua sijil yang SSM beri sebab sijil-sijil ni akan hilang lepas tempoh 14 hari dari tarikh terima.
Tahniah anda sudah berjaya daftar SSM percuma secara online.
Kepada yang layak,anda disarankan untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Portal EzBiz Online.