Anda rakyat Johor dan ingin memiliki rumah mampu milik? Berikut disertakan panduan penting berkenaan cara membuat pendaftaran dan permohonan online Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) . Rumah mampu milik adalah rumah yang dibina untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap negeri mempunyai Program Rumah Mampu Milik mereka seperti Selangor dengan Rumah Selangorku Online. Wilayah Persekutuan melalui Majlis Agama Islam WP dengan Rumah RUMAWIP dan tidak terkecuali SPNB dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Menurut laman sesawang rasmi Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) e-Rumah Johor, Bahagian Perumahan, tambahan sebanyak 40 ribu unit lagi RMMJ menjelang tahun 2022 menjadikan jumlah secara keseluruhan RMMJ yang sedang dan bakal dibina oleh SUKJ adalah sebanyak 100 ribu unit.
Ini adalah peluang keemasan bagi rakyat negeri Johor yang seharusnya tidak dilepaskan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin, orang bujang yang baru bekerja, ataupun sesiapa yang telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun dan juga melepasi syarat kelayakan permohonan RMMJ seperti dinyatakan di bawah.
Permohonan Online Rumah Mampu Milik Negeri Johor
Dipetik dari Portal Rasmi http://erumah.johor.gov.my/, berita baik bagi Rakyat Johor yang layak, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Negeri Johor dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online melalui laman web seperti tertera di bawah ini.
Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji
Berikut adalah senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan :-
1. Rumah Komuniti Jenis A
Harga Rumah : RM 42000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00
2. Rumah Komuniti Jenis B
Harga Rumah : RM 80000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00
3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah
Harga Rumah : RM 150000.00 – RM 220000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan yang telah ditetapkan:
1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000 pendapatan kasar bulanan.
2. Berkahwin / bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8. Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
Cara Buat Permohonan & Pendaftaran
Langkah 1
Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di APPLIKASI PENDAFTARAN
Langkah 2
Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.
Langkah 3
Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan
Langkah 4
Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.
Baucar RM1,000 Rumah Mampu Milik Johor(RMMJ)
Berita baik buat mereka yang kesempitan dari segi kewangan, SUKJ amat memahami keadaan ekonomi dan tekanan kos sara hidup yang tinggi sekarang, sekaligus melihat masalah pemilikan rumah sebagai satu isu signifikan buat penduduk atau rakyat Johor khususnya. Oleh itu, SUKJ, Bahagian Perumahan juga turut menawarkan pemberian baucar RM1,000 kepada pemohon yang berjaya bagi membantu meringankan beban dalam pembelian rumah.
Baucar bernilai RM1,000 ini boleh dituntut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan sebaik sahaja pembeli mendapat atau mengambil kunci rumah yang sedia diduduki mulai 1 Januari 2015.
Syarat-syarat Kelayakan Penerimaan Baucar RM1,000
- Terbuka hanya untuk pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A, (PKJ) B, dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang layak menerima
- Baucar ini hanya layak diberi sekali sahaja sama ada kepada pembeli atau pasangannya.
- Terbuka kepada projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduki mulai pada 1 Januari 2015
- Permohonan Baucar RM1.000 yang berjaya akan mengambil tempoh sebanyak 14 hari selepas penerimaan tuntutan yang lengkap untuk mendapatkan bayaran
Cara semak permohonan RMMJ
Rujukan untuk anda:
Sistem Lama dengan Sistem SP2MJ
Bagi pemohon yang telah mendaftarkan permohonan menggunakan sistem lama, pemohon boleh membuat semakan dan kemaskini di portal semakan seperti di pautan di atas dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan klik butang cari
SP2MJ adalah Sistem Rerumahan Rakyat Johor yang telah dinaiktaraf pafa 1 Ogos 2018. Berbeza dengan sistem terdahulu, permohonan melalui sistem SP2MJ ini adalah mengikut projek dan permohonan boleh dilakukan sebanyak (3) kali mengikut projek dalam satu tempoh masa pengiklanan.
Cara Hubungi
Bahagian : Bahagian Perumahan.
Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261
Waktu Bekerja
Ahad – Rabu – 8.00am to 5.00pm
Khamis – 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu – Tutup
Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
1. Bahagian Perumahan ( Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.
2. Bahagian Perumahan ( Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.
3. Bahagian Perumahan ( Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.
4. Bahagian Perumahan ( Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.
5. Bahagian Perumahan ( Cawangan Mersing)
d/a Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.
Sesiapa yang berkelayakan boleh memohon dan semoga yang memohon akan berjaya dalam Permohonan Online Rumah Mampu Milik Negeri Johor,
Sumber dipetik dari eRumah Johor
