Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bayaran STR 2025: Agihan Bantuan Tunai untuk Rakyat Malaysia
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40. Sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan negara, Bayaran STR 2025 dijangka diagihkan dalam empat fasa sepanjang tahun, dengan tarikh dan jumlah tertentu mengikut kategori penerima. Maklumat ini penting bagi memastikan penerima layak dapat merancang kewangan dengan lebih efektif, selari dengan pelaksanaan dasar ekonomi Madani yang berteraskan kesejahteraan rakyat
Berdasarkan pola agihan tahun sebelumnya, tarikh pembayaran STR 2025 bagi setiap fasa mungkin dijadualkan seperti berikut: Fasa 1 (Januari-Mac), Fasa 2 (April-Jun), Fasa 3 (Julai-September), dan Fasa 4 (Oktober-Disember). Setiap fasa melibatkan penyaluran dana secara berperingkat untuk mengelakkan kesesakan sistem dan memastikan ketepatan data penerima. Jumlah bayaran pula berbeza mengikut kategori, seperti isi rumah, warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan anak-anak. Sebagai contoh, pada 2024, isi rumah B40 menerima antara RM300 hingga RM1,300 setahun bergantung pada bilangan anak, manakala golongan bujang layak mendapat RM350.
Mesti nak tahu berapa jumlah kadar bayaran STR 2025 pada setiap fasa kan?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat mengikut kategori dan biasanya diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Objektif utama STR adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi. Untuk tahun 2025, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi program ini, dengan harapan dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a. Isi Rumah
b. Warga Emas Tiada Pasangan
c. Bujang
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Berikut adalah tarikh dan jumlah Fasa Pembayaran:
| Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
| 1 | Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| 2 | Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
| 3 | Fasa 3 | Ogos 2025 |
| 4 | Fasa 4 | November 2025 |
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi setiap fasa:
a. Kategori Isi Rumah
| Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 0 | 1,000 | RM 500 | RM 150-RM 650 0 anak =Rm150 1-2 anak =Rm300 3-4 anak =Rm500 5 anak keatas =Rm650 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| 1 – 2 | 1,500 | RM 500 | |||
| 3 – 4 | 2,000 | RM 500 | |||
| ≥5 | 2,500 | RM 500 | |||
b. Kategori Isi Rumah
| Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 0 | 500 | RM 150 | RM 100-RM 300 0 anak =Rm100 1-2 anak =Rm200 3-4 anak =Rm250 5 anak ke atas =Rm300 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| 1 – 2 | 750 | RM 150 | |||
| 3 – 4 | 1,000 | RM 250 | |||
| ≥5 | 1,250 | RM 300 | |||
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
| Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
| Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 600 | RM150 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
| Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 600 | RM150 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Boleh juga baca: SARA 2025: Semakan Dan Jumlah Bayaran
Untuk membuat semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Fakta Penting:
Boleh ikuti contoh cara semakan untuk fasa 1 di bawah:
| Langkah | Tindakan |
|---|---|
| 1. Klik Lok Masuk MySTR | Akses laman web STR dan cari butang “Log Masuk”. |
| 2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon | Isikan nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan. |
| 3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan | Masukkan kata kunci keselamatan yang telah ditetapkan. |
| 4. Maklumat yang akan dipaparkan | Lihat maklumat berikut: |
| – Nama Pemohon | |
| – No MyKad Pemohon | |
| – Status Permohonan | |
| – Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak) | |
| 5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1 | Cari dan klik pada pilihan “Semakan Pembayaran Fasa 1”. |
| 6. Masukkan Kata Laluan | Isikan kata laluan anda untuk mengakses maklumat pembayaran. |



Sumber gambar di ambil dari Facebook rasmi Malaysia MADANI
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut: