Bayaran STR 2025: Agihan Bantuan Tunai untuk Rakyat Malaysia
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40. Sebagai sebahagian daripada agenda kebajikan negara, Bayaran STR 2025 dijangka diagihkan dalam empat fasa sepanjang tahun, dengan tarikh dan jumlah tertentu mengikut kategori penerima. Maklumat ini penting bagi memastikan penerima layak dapat merancang kewangan dengan lebih efektif, selari dengan pelaksanaan dasar ekonomi Madani yang berteraskan kesejahteraan rakyat
Berdasarkan pola agihan tahun sebelumnya, tarikh pembayaran STR 2025 bagi setiap fasa mungkin dijadualkan seperti berikut: Fasa 1 (Januari-Mac), Fasa 2 (April-Jun), Fasa 3 (Julai-September), dan Fasa 4 (Oktober-Disember). Setiap fasa melibatkan penyaluran dana secara berperingkat untuk mengelakkan kesesakan sistem dan memastikan ketepatan data penerima. Jumlah bayaran pula berbeza mengikut kategori, seperti isi rumah, warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan anak-anak. Sebagai contoh, pada 2024, isi rumah B40 menerima antara RM300 hingga RM1,300 setahun bergantung pada bilangan anak, manakala golongan bujang layak mendapat RM350.
Mesti nak tahu berapa jumlah kadar bayaran STR 2025 pada setiap fasa kan?
Apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat mengikut kategori dan biasanya diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Objektif utama STR adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi. Untuk tahun 2025, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi program ini, dengan harapan dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima
Kelayakan Permohonan STR 2025
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Fasa Pembayaran
Berikut adalah tarikh dan jumlah Fasa Pembayaran:
Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1 | Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
2 | Fasa 2 | April 2025 |
3 | Fasa 3 | Ogos 2025 |
4 | Fasa 4 | November 2025 |
Jumlah Bayaran STR 2025 untuk Setiap kategori
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi setiap fasa:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | RM 500 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | RM 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | RM 500 | |||
≥5 | 2,500 | RM 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | RM 150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | RM 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | RM 250 | |||
≥5 | 1,250 | RM 300 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |

Kaedah pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Boleh juga baca: SARA 2025: Semakan Dan Jumlah Bayaran
Semakan Status Pembayaran
Untuk membuat semakan status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Akses Laman Web: Kunjungi laman rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log Masuk: Jika anda sudah mendaftar, log masuk ke akaun MySTR menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan anda.
- Semakan Status: Setelah log masuk, cari pilihan untuk semakan status pembayaran. Biasanya, terdapat pautan khusus yang membolehkan anda menyemak status permohonan dan pembayaran.
- Maklumat Tambahan: Jika anda tidak dapat mengakses maklumat, anda boleh menghubungi talian bantuan yang disediakan di laman web tersebut untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Fakta Penting:
- Pembayaran fasa pertama STR 2025 telah dimulakan pada 22 Januari 2025, dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang meningkat kepada RM2.3 bilion
Boleh ikuti contoh cara semakan untuk fasa 1 di bawah:
Langkah | Tindakan |
---|---|
1. Klik Lok Masuk MySTR | Akses laman web STR dan cari butang “Log Masuk”. |
2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon | Isikan nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan. |
3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan | Masukkan kata kunci keselamatan yang telah ditetapkan. |
4. Maklumat yang akan dipaparkan | Lihat maklumat berikut: |
– Nama Pemohon | |
– No MyKad Pemohon | |
– Status Permohonan | |
– Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak) | |
5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1 | Cari dan klik pada pilihan “Semakan Pembayaran Fasa 1”. |
6. Masukkan Kata Laluan | Isikan kata laluan anda untuk mengakses maklumat pembayaran. |

Sumber gambar di ambil dari Facebook rasmi Malaysia MADANI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
- Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
- Portal Rasmi STR 2025 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
- FAQ bayaran STR 2025