Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:Permohonan Baru ,Jumlah Bantuan Dan Semakan Kelayakan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).Seperti yang kita sedia maklum,sebelum ini kita diperkenalkan dengan BPR dengan 4 kategori di dalam bantuan tersebut.Sebelum ini BPR  diberikan mengikut jumlah anak dalam sebuah isi rumah.Anak yang ramai akan mendapat bantuan yang lebih tinggi.

Pada tahun ini,pastinya golongan isi rumah dan bujang tidak akan ketinggalan untuk menerima bantuan ini seperti tahun sebelumnya. Melalui bajet 2022 atau Belanjawan 2022,kerajaan memperkenalkan bantuan baru yang di beri nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.Bantuan ini mengelaskan kepada beberapa kategori dan sasaran kepada golongan yang layak sehingga RM2,000.Bantuan ini merupakan bantuan tertinggi dimana ada peningkatan berbanding  RM 1,800 untuk Bantuan Prihatin Rakyat  tahun ini.

Tambahan lagi,melalui bajet tersebut kelayakan untuk penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di naikkan dari RM969 ke RM1669 bagi mereka melayakkan untuk membuat permohonan JKM.

Jumlah Bantuan dan kategori kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Melalui Pembentangan Belanjawan 2022,kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan tersebut melalui empat kategori berikut:

KATEGORI 1
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,000 : Lebih 3 Anak

RM1,500 : 1- 2 Anak

RM1,000 : Tiada Anak

KATEGORI 2
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

RM800 : Lebih 3 Anak

RM600 : 1- 2 Anak

RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

RM300 : Warga Emas

RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

KATEGORI 3
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000

RM600

KATEGORI 4
Bujang : Kurang Daripada RM2,500

RM350

Sumber: https://budget.mof.gov.my/pdf/2022/ucapan/touchpoints.pdf

Jumlah Bantuan BKM 2022

Kelayakan permohonan BKM 2022

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan,berikut adalah syarat kelayakan yang perlu di patuhi:

1. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Daftar Permohonan baru dan Tarikh kemaskini

Permohonan baru perlu dibuat jika anda belum menerima bantuan dan tidak mempunyai rekod dan sedia ada dalam LHDN.Manakala permohonan yang sedia ada hendaklah membuat kemaskini mengikut tempoh yang ditetapkan

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Cara kemaskini Maklumat

Makluman untuk penerima sedia ada(BPR 2021 & BKC) yang mempunyai perubahan sebarang maklumat seperti:

  • Jumlah Pendapatan
  • Status Perkahwinan
  • Bilangan anak

Dokumen berikut perlu di muat naik iaitu:

  • Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
  • Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
  • Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru

Bagi yang tiada perubahan maklumat,anda boleh login dan pastikan permohonan anda WUJUD dan DITERIMA di dalam sistem permohonan BKM 2022.

Pautan Kemaskini adalah https://bkm.hasil.gov.my/

Permohonan kemaskini boleh di buat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat kemaskini:

  1. Buka laman rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Tekan Klik Log Masuk
  3. Apabila berjaya Log Masuk,Boleh klik Kemaskini Permohonan
  4. Kemudian,masukkan No. MyKad anda dan tekan Semak. Isikan semua maklumat bertanda * dan Klik Teruskan
  5. Isi Kod Captcha dan klik untuk buat pengesahan Captcha
  6. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.Tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan
  7. Apabila permohonan berjaya di hantar, klik butang Cetak untuk simpanan anda.

Ikuti panduan bergambar di bawah:

Kemaskini BKM 2022
Maklumat BKM22
Cara kemaskini BKM
Permohonan BKM22

Semakan Status BKM

Setelah anda buat permohonan baru atau kemaskini,anda boleh buat semakan status permohonan anda melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik [Semak].
  6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik [Log Masuk].
  10. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
  11. Klik Menu [Semakan Status].
  12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  15. Siap!
BKM status semakan

Anda kena pastikan di dalam permohonan anda,ada tertulis Permohonan Diterima.Boleh rujuk gambar di bawah

Status BKM diterima

Jika anda menerima status seperti gambar di bawah,anda hendaklah menghubungi pihak LHDN dengan segara.

Status BKM LHDN

Tarikh Semakan Kelayakan BKM

Kelayakan Permohonan BKM boleh di semak bermula 28 Mac 2022

Status “DALAM PROSES” tersebut adalah normal untuk semua pemohon/penerima. Keputusan hanya boleh di ketahui pada 28 Mac 2022 iaitu tarikh rasmi semakan seperti mana telah diumumkan sebelum ini. 

Sekiranya permohonan anda ‘LULUS‘ pada ketika itu, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima.

Kaedah pembayaran BKM 2022

Kaedah pembayaraan adalah sama seperti BPR/BKC iaitu

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tarikh dan jadual Pembayaran

Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan selama 4 kali setahun iaitu secara berperingkat.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 (28 Mac 2022 – 8 April 2022 2022):

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan
  • Bujang

Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran BKM fasa 1 secara tunai adalah bermula pada 30 Mac 2022


Tarikh Bayaran BKM Fasa 2 (Jun 2022):

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan


Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 (September 2022):

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan
  • Bujang


Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 (Disember 2022):

  • Isi rumah
  • Warga emas bujang/ Tiada pasangan

Jumlah Pembayaran BKM 2022 Fasa 1-4

Seperti yang kita sedia maklum,pembayaran di lakukan sebanyak 4 kali setahun dan tarikh akan di maklumkan kelak.

Jumlah bayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Bayaran tambahan BKM 2022
Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja

Tarikh Permohonan Rayuan BKM

Permohonan rayuan di buka selama sebulan bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Permohonan ini di buka selama sebulan untuk mempertimbangkan semula permohonan yang gagal dengan memberi ruang kepada mereka untuk kemukan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan BKM:

  1. Layari laman BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Log Masuk ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Klik Semakan Status untuk semak status kelayakan pemohon
  4. Untuk mereka yang berstatus TIDAK LULUS, klik pada butang rayuan yang disediakan di laman semakan apabila tarikh rayuan sudah di buka.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

NOTA:Hebahan Terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Hanya Join Telegram BKM 2022 & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!