Doa Pendekat Jodoh
| Jodoh Perlu Ada Usaha
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Selain daripada itu masih ada cara lain yang gunakan di beberapa tempat seperti :
Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri.
Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya.
Alasan Sukar Mencari Jodoh:
Jodoh belum sampai
Cara tepat memahami qadak dan qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab.
Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insyaallah ALLAH bantu.
Belum Bersedia
Terlalu memilih
Hati tak bersih – buangkan rasa yang tidak tidak dengan insan sekeliling
Kenapa Sukar Bertemu Jodoh ?
Fobia bercinta (kenangan lalu )
sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
Restu ibu bapa
Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) – malah ada hikmah yang banyak juga di dunia 🙂
Doa Jodoh
doa jodoh
Jodoh Perlu Ada Usaha
Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
Mengisi hati dengan ibadah tertentu
Menyayangi semua orang di sekitar anda
Menyucikan hati
Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana.
Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
Dalam bab ni, apa yang paling penting percaya dengan ALLAH – yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita , jangan putus asa, mencuba sesungguhnya (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah , semoga ALLAH redha 🙂
Cinta Selepas Nikah & Aku Terima Nikahnya adalah bahan bacaan yang WAJIB DI BACA tahun ini…
Doa Pendekat Jodoh