Program i-Saraan KWSP adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah, dalam membuat caruman sukarela bagi persaraan mereka.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan simpanan persaraan di kalangan golongan ini dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan di masa hadapan.
Apa Itu i-Saraan KWSP?
- insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja biasa setiap bulan.
- Caruman Sukarela ini adalah untuk tujuan persaraan dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
- Sebagai ahli insentif, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 20% (jumlah maksima sebanyak RM500/Setahun). Ianya berkuatkuasa I Januari 2025 ke atas caruman anda. Tetapi, ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman majikan.
- Untuk pengetahuan anda juga sumbangan kerajaan ini adalah TERHAD kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja.
Kelebihan Daftar i-Saraan KWSP
Kelebihan mendaftar untuk i-Saraan KWSP:
- Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
- Membolehkan anda membuat pengeluaran dan mencarum mengikut kemampuan dan masa yang ada.
- Membolehkan anda membuat pengeluaran dan mencarum mengikut kemampuan dan masa yang ada.
- Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
- Menerima insentif khas sebanyak 15% (maksima RM500/Setahun) bagi ahli yang berumur kurang dari 55 tahun.Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal.
- Bantuan Kematian: Sebanyak RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Klafikasi Maksud bekerja sendiri:
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Pengasuh Bayi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Ejen menerima komisen (ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan dalam talian
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
Penambahbaikan i-Saraan 2025
Belanjawan 2025 Malaysia MADANI telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan penting untuk program i-Saraan KWSP. Berikut adalah maklumat terkini mengenai penambahbaikan ini:
- Peningkatan Insentif Padanan: Insentif padanan kerajaan untuk program i-Saraan telah dinaikkan daripada 15% kepada 20%. Ini bermakna, bagi setiap caruman yang dibuat oleh pencarum, kerajaan akan memberikan tambahan sebanyak 20% daripada jumlah caruman
- Had Caruman: Had caruman untuk program ini dikekalkan pada RM500 setahun, dengan had maksimum sumbangan seumur hidup adalah RM5,000. Ini membolehkan pencarum untuk terus menyimpan dengan lebih baik untuk persaraan mereka
- Manfaat kepada Peserta: Penambahbaikan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 330,000 peserta i-Saraan yang sedia ada dan baharu, membantu mereka dalam merancang masa depan kewangan dan persaraan mereka
- Fokus Program: Program i-Saraan KWSP bertujuan untuk menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, termasuk suri rumah, untuk mencarum secara sukarela bagi tujuan persaraan. Ini juga membantu mengurangkan beban kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan meningkatkan simpanan persaraan individu
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon
- Mestilah warganegara Malaysia
- Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M))
PENTING:
Jika anda Suri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Cara mendaftar skim i-Saraan KWSP
Anda boleh mendaftar dimana-mana kaunter KWSP yang berdekatan anda.
Untuk membuat pendaftaran secara online,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1.Download aplikasi i Akaun KWSP di telefon pintar anda dan klik Daftar i-Saraan.
2.Anda juga boleh daftat melalui pautan berikut: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms
3.Isikan maklumat pendaftaran anda dengan lengkap sehingga selesai.
4.Sudah daftar,seterusnya anda simpan no akaun EPF anda.Untuk lebih senang,boleh buat favorite dalam online banking anda untuk anda membuat pindahan wang nanti
NOTA:
Pendaftran secara online boleh di buat dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu:
- Isnin sehingga Jumaat: 8 pagi hingga 9 malam
- Sabtu, Ahad & cuti umum: 5 pagi hingga 7 malam
Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum
Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.
Rujuk ilustrasi di bawah:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa | Amaun Insentif Khas |
---|---|---|
Ahmad | RM 1,000 | RM 150 |
Baba | RM 2,500 | RM 500 |
Kevin | RM 5,000 | RM 500 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Layari portal rasmi KWSP di pautan link yang kami sediakan di bawah:
Hotline 03 8922 4848.
Talian Pusat Pengurusan Perhubungan: 03 8922600