Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Skim Perlindungan Masyarakat atau mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim ini dilancarkan pada Januari 2019 dan diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad di bawah Tabung Amanah MySalam, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Mengikut kemaskini yang terbaru,skim ini telah dilanjutkan sehingga 2026 berikutan sambutan positif rakyat Malaysia. Menerusi Belanjawan 2026, skop perlindungan turut diperluaskan dengan memasukkan penyakit-penyakit baru seperti penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Kelayakan mySalam adalah automatik — anda tidak perlu membuat sebarang permohonan berasingan. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang menepati kriteria umur berikut layak menjadi ahli:
| Kategori | Had Umur |
|---|---|
| Berkahwin | 18 hingga 65 tahun (individu & pasangan) |
| Bujang | 21 hingga 65 tahun |
| OKU | 18 hingga 65 tahun |
Penerima yang layak akan dimaklumkan secara automatik melalui kiriman SMS pada penggal pertama setiap tahun selepas data dikemas kini.
mySalam menawarkan dua jenis manfaat utama kepada ahli yang layak:
1. Manfaat Hospitalisasi
2. Manfaat Penyakit Kritikal
Semakan pendaftaran mySalam boleh di lakukan melalui dengan melayari laman web https://www.mysalam.com.my
Semakan kelayakan mySalam 2026 boleh dilakukan bermula 8 Februari 2026. Ikuti langkah mudah berikut:
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain anda semak di pautan yang di berikan.Anda hendaklah Log In dengan menggunakan No kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Boleh juga rujuk video di bawah:
@mysalamofficial Nak tahu kalau anda dilindungi oleh mySalam? Cuma perlukan beberapa saat untuk semak secara online. Mudah je, tak perlu daftar pun! #mySalam #PerlindunganTakaful #KitaPeduli #ChampionofB40
♬ original sound – mysalamofficial
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dikemukakan melalui portal mySalam:

Pastikan dokumen berikut lengkap dan jelas sebelum memuat naik ke portal:
Untuk Tuntutan Penyakit Kritikal:
Untuk Tuntutan Hospitalisasi:
⚠️ PENTING: Dokumen yang tidak lengkap akan melambatkan proses tuntutan atau menyebabkan tuntutan ditolak!
Jangan lepaskan tarikh-tarikh berikut untuk memastikan tuntutan anda diproses dengan berjaya:
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan kelayakan 2026 bermula | 8 Februari 2026 |
| Tarikh akhir tuntutan 2026 (dilanjutkan) | 31 Disember 2026 |
| Borang lama & baru diterima | Sehingga 31 Ogos 2026 |
| Hanya borang baharu diterima | Berkuat kuasa 1 September 2026 |
| Tarikh akhir tuntutan bagi kelayakan 2026 | 30 Jun 2027 |
Tuntutan bagi perlindungan 2026 yang diterima selepas 30 Jun 2027 tidak akan diterima dan diproses sama sekali.
Boleh juga baca: Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM : Cara Mohon, Syarat & Kadar Bayaran
Biasanya proses tuntutan mengambil masa sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.Tetapi jika dokumen yang di berikan tidak lengkap mungkin akan mengambil masa lebih daripada itu.
Ringkasannya adalah :
Tempoh pemprosesan tuntutan mySalam adalah seperti berikut:
Anda juga akan menerima SMS samada tuntutan anda diluluskan atau tidak.
Contoh SMS permohonan anda di terima:

Jumlah bayaran bergantung kepada jenis tuntutan anda.Wang akan dikreditkan berdasarkan borang permohonan anda.
Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:

mySalam kini melindungi 50 penyakit kritikal — meningkat daripada 45 sebelumnya. Berikut ialah 5 penyakit baru yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025:
| Kategori Baru | Penyakit Dilindungi |
|---|---|
| Penyakit Jarang Jumpa (CI-12) | Rare Disease |
| Penyakit Mental (CI-11) | MDD, Skizofrenia, Gangguan Bipolar |
| Penyakit Kulit Kronik (CI-08) | Psoriasis Kronik, Pemphigus Vulgaris, SJS/TEN |
| Gangguan Darah (CI-10) | Talasemia Major (Anemia Cooley) |
| Penyakit Rheumatoid (CI-10) | RA Teruk, Gout Kronik, Ankylosing Spondylitis, MCTD |
Berikut adalah senarai 45 penyakit yang di lindungi di bawah skim ini sejak 2019:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
Talian mySalam: 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Emel: info@mysalam.com.my
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN. Segala hebahan terbaru Bantuan kerajaan akan dibuat melalui chanel terbabit