Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

TUNS 2025: Bantuan untuk Usahawan Negeri Sembilan

0 96

TUNS 2025 merupakan bantuan untuk Penjaja dan Peniaga Kecil N9.Tahun 2025 menjanjikan peluang yang cerah bagi usahawan di Negeri Sembilan melalui Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2025.

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa usahawan tempatan dengan menyediakan sokongan kewangan dan sumber daya yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Apa Itu Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)?

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS 2025 adalah sebuah program yang dilancarkan oleh kerajaan Negeri Sembilan untuk menyokong usahawan tempatan dalam pelbagai sektor. Program ini menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan geran, serta pelbagai latihan dan bimbingan perniagaan.

Siapa Yang Layak Memohon?

TUNS 2025 terbuka kepada semua usahawan yang berdaftar di Negeri Sembilan, termasuk pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS), serta individu yang ingin memulakan perniagaan baru. Kriteria kelayakan termasuk:

  • Mempunyai pelan perniagaan yang jelas.
  • Menunjukkan potensi pertumbuhan dalam sektor yang dipilih.
  • Mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Syarat kelayakan

Syarat-syarat yang dipenuhi oleh usahawan yang ingin membuat permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  3. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  6. Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  7. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  8. Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  9. Tidak pernah menerima TUNS.

Jenis Perniagaan Yang Layak

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak

  • Perkhidmatan profesional;
  • Homestay;
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Mesin layan diri (vending machine);
  • Dobi layan diri;
  • Kontraktor;
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang;
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Tarikh & Cara Memohon TUNS 2025

Usahawan yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk memohon TUNS 2025:

  1. Daftar Secara Dalam Talian
    Layari laman web rasmi di  Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan. untuk mendaftar secara dalam talian. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat.
  2. Hantar Pelan Perniagaan
    Sertakan pelan perniagaan yang terperinci bersama permohonan anda. Ini akan membantu pihak penganjur menilai potensi perniagaan anda.
  3. Temuduga
    Pemohon mungkin dipanggil untuk sesi temuduga bagi membincangkan pelan perniagaan dan keperluan kewangan mereka.
  4. Tunggu Keputusan
    Setelah menghantar permohonan, tunggu maklum balas daripada pihak penganjur mengenai status permohonan anda.

Bagi anda yang berminat dan ingin melakukan permohonan bantuan TUNS bagi tahun 2025, permohonan telah pun di buka bermula 15 Januari sehingga 31 Mac 2025 ini.

Boleh juga baca: Bantuan ISejahtera: Bantuan RM100-RM200

TUNS (2025)

DokumenPenting

Berikut adalah dokumen penting yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon, berwarna dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport;
  • Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  • Salinan dokumen pendaftaran SSM ;
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
      • Sijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 9, 24, 49 dan Borang Annual Return Terkini
      • Borang Seksyen 14, 15, 51 dan 78
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Milik pemohon
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua  rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  • Salinan penyata kewangan/ penyata bank perniagaan;
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.
    • Penyata akaun perniagaan/ syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Penyata kewangan/penyata akaun bank yang terkini dan lengkap bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dibenarkan:
      • Penyata yang diperoleh melalui kaunter bank. (telah disahkan oleh pihak bank)atau
      • Penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. 
        (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  • Salinan maklumat akaun simpanan;(penyata akaun melalui bank atau online banking/ muka hadapan buku bank);
    • Akaun simpanan mestilah atas nama pemohon.
    • Lengkap dengan:
      • Nama pemilik akaun
      • Nama bank
      • Nombor akaun bank
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    • Gambar hadapan premis/ tapak perniagaan.
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.
  • Salinan perjanjian sewa premis/ tanah;
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  • Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;
    • Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.
    • Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    • Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
    • Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    • Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.
    • Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditolak serta merta.
    • Pembelian dari platform Shopee dan Lazada adalah dibenarkan. Bagi menggantikan sebut harga, pemohon perlu screenshot gambar yang mempunyai harga dan spesifikasi yang lengkap barangan yang ingin dibeli. 
  • Borang Aku Janji; dan
  • Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan

Pengesahan dokumen oleh Pegawai

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Faedah TUNS 2025

  1. Bantuan Kewangan
    Usahawan boleh memohon pinjaman dengan kadar faedah yang rendah atau geran tanpa perlu membayar balik. Ini memberikan kelegaan kepada mereka yang baru memulakan perniagaan atau ingin mengembangkan perniagaan sedia ada.
  2. Latihan dan Bimbingan
    Program ini menawarkan sesi latihan dan bimbingan oleh pakar industri. Ini termasuk kursus pengurusan perniagaan, pemasaran digital, dan inovasi produk yang dapat membantu usahawan meningkatkan kemahiran mereka.
  3. Jaringan Perniagaan
    Melalui TUNS 2025, usahawan berpeluang untuk berhubung dengan rakan perniagaan lain dan membina jaringan yang bermanfaat. Ini dapat membuka pintu kepada kolaborasi dan peluang baru dalam perniagaan.
  4. Pemasaran Produk
    Program ini juga membantu dalam mempromosikan produk usahawan melalui platform digital dan pameran perdagangan. Ini penting untuk meningkatkan visibiliti produk di pasaran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251
E-mel : usahawanpknns@gmail.com
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sila rujuk Soalan Lazim berkaitan TUNS di SINI.

Para usahawan yang berkelayakan adalah dijemput untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan ketika dalam proses permohonan nanti.

Sekiranya memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, tuan/puan boleh mendapatkan bantuan daripada Penyelaras Pusat Khidmat DUN masing-masing yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via