Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merupakan bantuan kewangan penting untuk meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.
Program ini memberi tumpuan kepada ketua isi rumah yang terjejas secara langsung akibat bencana alam melalui proses permohonan yang telah di tetapkan
Berikut penjelasan lengkap mengenai mekanisme bantuan ini.
BWI merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan melalui NADMA untuk memberikan bantuan kewangan RM1,000 sekali sahaja kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir. Bantuan ini bertujuan membantu mangsa memulihkan kehidupan selepas kejadian bencana melalui peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN)
Ciri utama BWI:

Pemohon perlu memenuhi kriteria khusus untuk layak menerima bantuan ini:
| Kriteria | Syarat |
|---|---|
| Status kewarganegaraan | Warganegara Malaysia dengan MyKad sah |
| Lokasi pendaftaran | Berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau melalui ketua komuniti |
| Jenis kediaman | Rumah persendirian (termasuk rumah sewa) |
| Kekerapan bantuan | Sekali per musim bencana |
Situasi istimewa yang layak:
Boleh rujuk syarat kelayakan dengan lebih jelas DISINI
Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
Permohonan BWI dilakukan melalui 2 kaedah utama:
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
*Tiada permohonan secara online.
Boleh juga baca: TUNS 2025: Bantuan Untuk Usahawan Negeri Sembilan
Jumlah bantuan yang diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir.
Bantuan ini disediakan untuk meringankan beban kewangan mangsa dan diberikan sekali sahaja bagi setiap musim bencana yang diisytiharkan, tanpa mengira bilangan ahli keluarga dalam rumah tersebut
BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN (PEMOHON)
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
MUAT TURUN DOKUMEN
BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (PEMOHON)
Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Muat Turun Dokumen
BORANG AKUAN PENGESAHAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (KETUA MASYARAKAT)
Pemohon diminta untuk mencetak Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Muat Turun Dokumen
Dana BWI akan dikreditkan dalam masa 14-30 hari bekerja selepas kelulusan permohonan. Pembayaran dibuat melalui:
Selain BWI, mangsa banjir boleh mendapatkan bantuan lain melalui:






Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut: