Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Bantuan Wang Ihsan (BWI):Bantuan Banjir RM1000 NADMA

0 200

Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merupakan bantuan kewangan penting untuk meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

Program ini memberi tumpuan kepada ketua isi rumah yang terjejas secara langsung akibat bencana alam melalui proses permohonan yang telah di tetapkan

Berikut penjelasan lengkap mengenai mekanisme bantuan ini.

Apa Itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)?

BWI merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan melalui NADMA untuk memberikan bantuan kewangan RM1,000 sekali sahaja kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir. Bantuan ini bertujuan membantu mangsa memulihkan kehidupan selepas kejadian bencana melalui peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN)

Ciri utama BWI:

  • Dikeluarkan secara manual melalui Pejabat Daerah
  • Hanya untuk warganegara Malaysia
  • Dibayar tanpa mengira jumlah ahli keluarga
  • Tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah
Bantuan Banjir Nadma 2025

Syarat Kelayakan BWI Banjir NADMA

Pemohon perlu memenuhi kriteria khusus untuk layak menerima bantuan ini:

KriteriaSyarat
Status kewarganegaraanWarganegara Malaysia dengan MyKad sah
Lokasi pendaftaranBerdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau melalui ketua komuniti
Jenis kediamanRumah persendirian (termasuk rumah sewa)
Kekerapan bantuanSekali per musim bencana

Situasi istimewa yang layak:

  • Penyewa rumah yang mengalami kerosakan banjir (jika tuan rumah tidak memohon)
  • Penghuni rumah pangsa/bertingkat yang terjejas di unit kediaman
  • Mangsa banjir di luar musim Monsun Timur Laut (dalam tempoh 3 bulan selepas kejadian)

Boleh rujuk syarat kelayakan dengan lebih jelas DISINI

Proses Permohonan Bantuan Banjir RM1000

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Permohonan BWI dilakukan melalui 2 kaedah utama:

  1. Bagi penghuni PPS:
  • Daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan atau boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  1. Bagi mangsa luar PPS:
  • Dapatkan Borang Akuan Permohonan BWI daripada Pejabat Daerah
  • Lengkapkan dokumen sokongan
  • Serahkan melalui ketua komuniti/JPKK

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

*Tiada permohonan secara online.

Boleh juga baca: TUNS 2025: Bantuan Untuk Usahawan Negeri Sembilan

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir.

Bantuan ini disediakan untuk meringankan beban kewangan mangsa dan diberikan sekali sahaja bagi setiap musim bencana yang diisytiharkan, tanpa mengira bilangan ahli keluarga dalam rumah tersebut

Dokumen & Borang

BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN (PEMOHON)

Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
MUAT TURUN DOKUMEN

BORANG AKUAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (PEMOHON)

Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Muat Turun Dokumen

BORANG AKUAN PENGESAHAN PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN KEMATIAN (KETUA MASYARAKAT)

Pemohon diminta untuk mencetak Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat) sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Muat Turun Dokumen

Mekanisme Pembayaran dan Tempoh

Dana BWI akan dikreditkan dalam masa 14-30 hari bekerja selepas kelulusan permohonan. Pembayaran dibuat melalui:

  • Tunai secara terus di PPS
  • Deposit bank melalui maklumat akaun pemohon
  • Kaunter bayaran di Pejabat Daerah

Sumber Bantuan Tambahan

Selain BWI, mangsa banjir boleh mendapatkan bantuan lain melalui:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat: Bantuan makanan dan keperluan asas
  • Baitulmal: Geran pembaikan rumah
  • PBT: Penangguhan cukai pintu
  • Bank Negara: Moratorium pinjaman

FAQ

2.FAQ-bantuan-banjir-RM1k
4 faq bantuan nadma
6 faq bantuan banjir

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

  • Talian NADMA: 603-8870 4800
  • Portal rasmi: www.nadma.gov.my
  • Pejabat Daerah tempatan
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via