Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rumah Mesra Rakyat (RMR) sudahkah anda memohon? SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.
SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.
SPNB juga memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai tanah sendiri untuk memiliki rumah pada harga patut mengikut kemampuan masing-masing samada melalui Program RMR yang mempunyai subsidi atau tanpa subsidi
Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar
Tujuan utama RMR adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.
Program Rumah MEsra Rakyat 2.0 diwujudkan daripada kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia ada bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.

| RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) |
| Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa |

| Warganegara Malaysia |
| Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun |
| Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan |
| Pemohon / pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna |
| Pemohon adalah tuan punya tanah dan / atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran / suratan hakmilik |
| Tanah / tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah bersama (sekiranya ada) |
| Keluasan tanah tidak kurang daripada 3600 kps |
| Tertakluk kepada peruntukan kewangan |
| Hanya satu unit Rumah Mesra Rakyat sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan |
Info Penting:



Untuk permohonan MANUAL:
Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Untuk melihat Pejabat Cawangan SPNB Negeri berdekatan,boleh KLIK SINI
Untuk permohonan ONLINE:
KLIK Borang Online Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB dan ikuti panduan memohon dibawah:
Untuk mendaftar permohonan anda di laman web SPNB, ikuti langkah-langkah berikut:
Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan pendaftaran anda berjalan dengan lancar.
NOTA:
Boleh baca juga:
Tanggungjawab pemohon:
Boleh pergi ke cawangan SPNB yang berdekatan anda atau boleh rujuk web rasmi SPNB di https://spnb.com.my serta boleh baca FAQ rasmi di SINI
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Email:aduan@spnb.com.my
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.
| JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
| Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |