Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
MyKasih adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pada tahun 2025, MyKasih menawarkan bantuan bulanan kepada penerima yang layak, termasuk individu dalam kategori miskin dan miskin tegar. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad dan bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup dengan menyediakan dana untuk pembelian barangan keperluan asas.
Status dan Semakan Permohonan SARA STR 2025 menjadi topik penting bagi penerima bantuan. Mereka yang ingin mengetahui kelayakan dan status permohonan boleh melakukan semakan secara dalam talian melalui portal rasmi MyKasih. Proses semakan ini melibatkan pengisian nombor kad pengenalan dan captcha untuk mengesahkan identiti pemohon.
Dengan pelbagai kategori bantuan yang ditawarkan, termasuk RM600, RM900, dan RM1200 setahun, MyKasih SARA 2025 diharapkan dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Artikel ini akan membincangkan cara semakan status, syarat kelayakan, serta tarikh pembayaran bantuan yang penting untuk diketahui oleh semua penerima.
MyKasih Foundation adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean. Misi utama MyKasih adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan di Malaysia, tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama.
Organisasi ini menjalankan beberapa program utama yang berfokus kepada bantuan makanan dan pendidikan. Program “Love My Neighbourhood” menyediakan bantuan makanan tanpa tunai kepada keluarga yang memerlukan, manakala program “Love My School” menawarkan biasiswa kepada pelajar.
Sistem pengagihan bantuan MyKasih menggunakan teknologi tanpa tunai yang membolehkan penerima menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan di kedai runcit yang berdaftar. Ini memastikan bahawa bantuan disalurkan secara efisien dan telus, tanpa sebarang ketirisan. MyKasih juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan NGO lain untuk melaksanakan saringan kesihatan, latihan kemahiran, dan program pendidikan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti yang dibantu.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Pada tahun 2024, SARA telah diperluaskan kepada lebih 700,000 penerima melalui sistem tanpa tunai menggunakan MyKad.
Bantuan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas penerima dengan memberikan sumbangan bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,200 bagi kategori isi rumah dan RM600 bagi kategori bujang. Penerima bantuan SARA adalah mereka yang telah lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tersenarai dalam data eKasih
Kelayakan untuk menerima SARA adalah terhad kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat tertentu, termasuk status sebagai penerima STR. Pada tahun 2025 Bantuan ini telah di tambah baik dengan kelayakan sehingga RM2,100 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM200 / RM50 sebulan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bayaran SARA 2025 telah bermula pada 15 Januari 2025. Penerima akan menerima bantuan secara bulanan melalui MyKad mereka.
Bantuan SARA 2025 akan diberikan berdasarkan kategori kelayakan penerima:
Bagi penerima STR sahaja, jumlah bantuan adalah lebih rendah:

SUMBER: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
Boleh rujuk jadual di bawah:
| Kategori Penerima | eKasih (RM) | STR Sahaja (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM 2,100 | RM 900 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM 450 |
| Bujang | RM 600 | N/A |
Jenis Kategori:
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka melalui laman web rasmi STR atau aplikasi MyKasih.
Jika status menunjukkan “LAYAK,” penerima akan menerima bantuan tersebut. Semakan ini penting untuk memastikan penerima mendapat manfaat yang sewajarnya.
| Kaedah Pemakluman | Keterangan |
|---|---|
| i. Surat Pemakluman | – Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA akan dihantar ke alamat berdaftar dalam permohonan STR. |
| ii. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) | – Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima, serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit terdekat. – Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih untuk merekodkan elaun perbelanjaan. |
| iii. Semakan Melalui Portal Rasmi | – Semakan kelayakan SARA boleh dilakukan melalui: – Portal rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my – Portal rasmi MyKasih: mykasih.com.my |
| iv. Hubungi untuk Semakan Kelayakan | – Hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) – Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) – Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) |
Untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah-langkah:
Langkah-langkah:
Bantuan Sara 2025 adalah menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai melalui MyKad.
Berikut adalah langkah-langkah menggunakan Sara 2025

Barang yang Tidak Dibenarkan
Pembelian barang seperti rokok dan minuman beralkohol adalah dilarang di bawah program ini
Boeh juga baca: Senarai Kedai MyKasih
MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific,Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar untuk menerima pembayaran menggunakan MyKad boleh di rujuk melalui pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Boleh juga baca: Senarai Kedai MyKasih

Penerima boleh memantau baki bantuan mereka melalui aplikasi MyKasih.
Aplikasi MyKasih: Muat turun aplikasi MyKasih yang tersedia di Google Play atau Apple App Store.
Aplikasi ini membolehkan pengguna melihat jumlah baki yang ada dan merancang perbelanjaan mereka dengan lebih baik.
Semakan juga boleh di lakukan melalui Semakan resit pembelian:

Penerima program ini adalah daripada senarai yang dikenal pasti dari senarai yang berdaftar dalam
pangkalan data kerajaan iaitu eKasih.
eKasih adalah sistem pangkalan data nasional yang diwujudkan untuk membantu kerajaan merancang, melaksanakan, dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Sistem ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan digunakan sebagai rujukan oleh kementerian serta agensi yang terlibat dalam program kemiskinan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut: