STR Isi Rumah 2025 atau STR Berkahwin 2025 merupakan inisiatif Bantuan kerajaan Malaysia untuk membantu golongan bekeluarga yang memerlukan, terutamanya dalam mengurangkan kos sara hidup.
Bantuan ini diberikan kepada golongan isi rumah/berkahwin ada anak atau tidak yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.
Seperti kita sedia maklum syarat kelayakan bagi setiap kategori bujang, Warga Emas Tiada Pasangan, Isi Rumah (Berkahwin) adalah berlainan dan juga jumlah bantuan yang di salurkan.
Kadar bayaran STR Isi Rumah 2025
Kadar bayaran adalah berbeza mengikut bilangan anak dan pendapatan isi rumah.Berikut adalah kadar pembayaran untuk setiap kategori yang telah diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025:
Kategori Penerima | Pendapatan (RM) | Kadar STR 2025 (RM) | Kadar Tambahan SARA (RM) | Jumlah Keseluruhan (RM) |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ||||
≤ 2,500 | 1,000 | 900 (100 sebulan) | 1,900 | |
1 – 2 Anak | 1,500 | 900 (100 sebulan) | 2,400 | |
3 – 4 Anak | 2,000 | 900 (100 sebulan) | 2,900 | |
≥ 5 Anak | 2,500 | 900 (100 sebulan) | 3,400 | |
2,501 – 5,000 | ||||
≤ 2,500 | 500 | 900 (100 sebulan) | 1,400 | |
1 – 2 Anak | 750 | 900 (100 sebulan) | 1,650 | |
3 – 4 Anak | 1,000 | 900 (100 sebulan) | 1,900 | |
≥ 5 Anak | 1,250 | 900 (100 sebulan) | 2,150 |

Sumber di ambil di SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Cara Kemaskini Status dari Bujang kepada berkahwin
Untuk mengemaskini status dari bujang kepada berkahwin dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Layari Portal Rasmi STR:
- Kunjungi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di bantuantunai.gov.my.
Log Masuk:
- Klik pada butang Log Masuk.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika belum mendaftar, sila rujuk panduan pendaftaran.
Kemas Kini Permohonan:
- Setelah log masuk, pilih butang Kemas Kini Permohonan.
- Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini.
Kemaskini Maklumat Perkahwinan:
- Dalam ruangan pilihan Status Perkahwinan, pilih Kahwin.
- Isi maklumat tarikh perkahwinan yang sesuai.
- Lengkapkan maklumat pasangan jika diperlukan, termasuk jenis pengenalan dan nombor pengenalan pasangan.
Simpan Perubahan:
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap.
- Klik Simpan untuk menyelesaikan proses kemaskini.
Maklumat Tambahan
- Dokumen Sokongan: Anda mungkin perlu menyediakan salinan dokumen seperti sijil perkahwinan jika diminta.
- Tarikh Kemas Kini: Pastikan anda mengemaskini sebelum tarikh akhir yang ditetapkan untuk kelayakan fasa pembayaran STR 2025.
Tarikh dan Fasa Pembayaran STR 2025
Untuk Fasa Pembayaran STR terdapat 4 fasa yang telah di tetapkan iaitu:
Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1 | Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
2 | Fasa 2 | April 2025 |
3 | Fasa 3 | Ogos 2025 |
4 | Fasa 4 | November 2025 |
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi setiap fasa:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | RM 500 | RM 150-RM 650 0 anak =Rm150 1-2 anak =Rm300 3-4 anak =Rm500 5 anak keatas =Rm650 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | RM 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | RM 500 | |||
≥5 | 2,500 | RM 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | RM 150 | RM 100-RM 300 0 anak =Rm100 1-2 anak =Rm200 3-4 anak =Rm250 5 anak ke atas =Rm300 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | RM 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | RM 250 | |||
≥5 | 1,250 | RM 300 |
Permohonan Baru STR 2025 untuk Berkahwin/Isi Rumah
Permohonan boleh di buat melalui cara berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my;
Permohonan Melalui Borang Kertas:
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
i. Portal Rasmi STR ; atau
ii. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan boleh diserahkan pada:
- Diserahkan ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi
- Bandar (UTC) LHDNM
*Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima
Untuk membuat permohonan baru,boleh ikuti langkah berikut:
- Layari laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan permohonan baru seperti yang dipaparkan di website tersebut
- Kemudian klik butang permohonan baharu STR 2025
Boleh juga baca: STR Bujang 2025:Kadar Bayaran dan Semakan Kelayakan
Medium Pembayaran
Mekanisma pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@treasury.gov.my
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my