Cara mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000
Skim Agro-YES Agrobank.Berita baik untuk usahawan muda yang berminat dalam pertanian,Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan sebanyak RM21 juta pembiayaan melalui Skim Usahawan Muda (Agro-YES) untuk membantu dalam pembiayaan pertanian projek mereka.
AGRO-YES adalah merupakan salah satu produk Agrobank bagi membantu agropreneur muda mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan dan mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Objektif Skim Agro-YES Agrobank
Antara objektif skim ini adalah :
- Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara
Skop Skim Pembiayaan
Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Maklumat Pembayaran Skim Agro-YES Agrobank
Pemohon yang layak melalui skim ini akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank dari RM50,000 hingga RM200,000.Tempoh maksimun pembiayaan adalah dari 7 tahun (84 bulan) dengan Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan.
Boleh juga baca: Cara Mohon Skim SPUR SPUNB Bantuan Pembiayaan Sehingga RM 100,000
Syarat kelayakan Pemohon
Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut untuk memohon:
- Pemohon merupakan individu warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
- Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
– Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian
Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM
– Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM. - Pemohon perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
- Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
- Pembiayaan bagi projek baru adalah tidak dibenarkan di bawah program ini.
- Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.
Cara membuat Permohonan
Kepada pemohon yang layak dan memenuhi syarat,boleh membuat pendaftaran sekarang.Pendaftaran boleh di buat dengan mengisi borang pendaftaran di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat
Berikut senarai cawangan agrobank yang boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.agrobank.com.my/my/home/contacts/branch-atm-locator/
Permohonan adalah di buka sepanjang tahun.Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476, layari laman sesawang rasmi www.agrobank.com.my atau datang ke cawangan terdekat Agrobank