Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022.Dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022,Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah memaklumkan akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2022 atau BKSS 8.0 bagi membantu beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Peruntukkan BKSS 8.0 adalah melibatkan RM285.47 juta dan merangkumi enam bulan pertama tahun 2022 serta bantuan kewangan sekali beri. Bantuan ini akan diberikan kepada yang terjejas dan tanpa ada yang tercicir.
Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.
BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.
Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.
Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.
Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.
Boleh juga baca: Bantuan BKSS 7.0 Peniaga: Bantuan One-Off RM 10,000 Kepada Yang Layak
Lain-lain Insentif bantuan lain:
Selain bantuan di atas,terdapat beberapa bantuan lain yang akan di laksanakan pada 2022
Untuk sebarang pertayaan dan maklumat lanjut,boleh layari:
Laman web rasmi Kerajaan Sarawak: https://service.sarawak.gov.my/
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.
.