Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
KEMASKINI TERKINI:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.Maklumat Lebih Lanjut tarikh terima boleh rujuk artikel terkini di bawah

Pakej PerantiSiswa Merupakan salah satu bantuan terbaru di dalam bajet 2022 di mana Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.Pakej ini dapat memanfaatkan kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Pakej ini tertakluk kepada terma dans syarat yang telah di tetapkan.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Boleh juga baca: Bantuan Kredit Ewallet Belia RM150
Permohonan adalah untuk pelajar sepenuh masa di IPT dan datang dari keluarga B40 untuk menerima bantuan ini
Permohonan bagi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 akan dibuka bermula pada:
Terkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia Fasa 2 bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.
Permohonan boleh di buat melalui pautan yang diberikan di bawah:
https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Nota: Permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Status/keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya dan memenuhi syarat yang ditetapkan
Mengikut makluman yang diperolehi,penerima akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia melalui 2 sesi, iaitu:
*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.
Semakan status pemohon boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Berikut adalah spesifikasi peranti yang diberi:
Berikut adalah terma dan syarat yang diberikan:
Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan permohonan PerantiSiswa,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Email: helpdesk.upps@kkmm.gov.my
Talian telefon:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad