Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kelayakan PeKa B40 adakah anda layak?Sebelum itu tahukah anda apakah skim PeKa B40?Untuk pengetahuan anda,skim ini adalah untuk golongan B40 di mana ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
Terdapat pelbagai manfaat bantuan keperluan kesihatan untuk penerima.Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).Di bawah kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Skim PeKa B40 dan cara semak kelayakan.
Skim ini adalah :
Pelbagai manfaat yang diberikan oleh kerajaan melalui skim ini.Berikut adalah manfaat yang terlibat:
Maklumat Lanjut mengeai manfaat ini boleh rujuk di bawah:
Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
Saringan kesihatan merangkumi:
Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.
Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.
Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Boleh juga baca: Cara Memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA
Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar, berumur 40 tahun dan ke atas. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Berikut adalah Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
Langkah 1 : Semak kelayakan.
Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Anda boleh buat semakan melalui pautan berikut:
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
Boleh rujuk melalui pautan berikut senarai klinik-klinik yang terlibat:
https://bms.pekab40.com.my/provider
Sebarang pertanyaan dan maklumat,boleh hubungi melalui medium berikut:
ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd adalah pengurus skim untuk PeKa B40 dimana ia adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
No telefon:
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)
Emel:
info@protecthealth.com.my
pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my
spikpa@protecthealth.com.my
Alamat:
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan