Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

i-Suri KWSP: Daftar dan Semakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

0 5,582

i-Suri KWSP merupakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP dimana program ini di khususkan untuk suri rumah membuat caruman di KWSP.Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Melalui insentif i-Suri KWSP,suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada suri rumah untuk masa depan mereka kerana bantuan ini diberikan dalam bentuk KWSP

Maklumat insentif i-Suri KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

i suri daftar

Kelebihan Insentif i-Suri KWSP

Berikut adalah kelebihan insentif ini:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Siapa yang layak mencarum?

Mereka yang layak mencarum ialah

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) sehingga senarai terkini
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Makluman:
Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Anda boleh juga baca: Daftar I-Saraan KWSP-Caruman Sukarela Insentif Persaraan Untuk Bekerja Sendiri

Cara daftar i-Suri KWSP

Cara Mendaftar i-SuriKeterangan
Melalui Aplikasi KWSP i-AkaunPendaftaran i-Suri dilakukan di bawah menu Pendaftaran i-Saraan.
Laman Web KWSPPendaftaran secara dalam talian melalui portal Pendaftaran i-Saraan.
Self Service Terminal (SST)Pendaftaran di mana-mana SST dengan menyediakan MyKad.
Pejabat KWSPIsi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)) dan sediakan MyKad.

Nota Penting

  • Permohonan ahli akan didaftarkan secara automatik di bawah i-Suri jika tersenarai dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2023.

MUAT TURUN BORANG-BORANG:
Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/ i‑Suri Form – KWSP 16G (M)

Bayaran Caruman i‑Saraan/ i‑Suri Form – KWSP 6A (2)​

Cara bayaran untuk pencaruman

Bagi suri rumah untuk mendapatkan sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Kaedah pembayaran boleh di lakukan melalui cara berikut:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank (rujuk jadual di bawah)

Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.

Perbankan Internet
 
Kaunter Ejen Bank
 
Ejen Bank BerdaftarKaunter KWSP 
 
Pemindahan wang secara elektronik

– MBSB Bank

– MAYBANK (M2u)

– RHB Bank

– Public Bank

– Bank Muamalat

– Alliance Bank

– Hong Leong Bank

– Bank Islam

– Cimb Bank
Tunai/cek

– BSN 

– Maybank

– Public Bank

– RHB Bank

*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Ejen Bank (EB) BSNTunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Cara Bantuan kerajaan di kreditkan di dalam akaun KWSP

Sumbangan ini akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Berikut adalah sumbangan kerajaan yang akan dikreditkan:

  1. Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  2. Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi saluran berikut:

  1. Laman Rasmi KWSP
  2. Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via