Syarat Kelayakan dan Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan RM3,000
Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan merupakan bantuan kewangan yang di berikan oleh Jabatan Perkhidmatan Persaraan untuk membantu waris atau ahli keluarga untuk menguruskan jenazah si mati.Kadar bayaran yang di berikan adalah sebanyak RM3000 untuk sekali bayar sahaja kepada waris terdekat
Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, permohonan Bantuan Mengurus Jenazah susulan kematian pesara Kerajaan dalam tempoh persaraan perlu dikemukakan permohonan kepada pihak KWAP dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kematian pesara.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah kelayakan permohonan bantuan:
- Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah
- Kes kematian sebelum tarikh kuatkuasa 12 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini
- Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Pesara Kerajaan yang meninggal dunia dalam persaraan.
- Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses
Kadar dan Proses Bayaran Bantuan
Kadar bayaran yang diberi adalah sebanyak RM3000 kepada waris si mati untuk urusjab jenazah.Proses bayaran adalah seperti berikut:
- Bayaran diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Persaraan
- Bayaran akan dibuat menggunakan cek serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon
Anda boleh juga baca: Semakan Dan Cara Bayar Cukai Tanah Online
Dokumen Wajib
Dokumen penting wajib di sertakan bersama permohonan ialah:
- Salinan sijil kematian
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan muka surat hadapan buku akaun/ penyata/ surat pengesahan bank pemohon:
- Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan pemohon:
Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) untuk Pesara Kerajaan
Permohonan boleh di lakukan dengan memuat turun borang permohonan mengikut format yang terbaharu di pautan di bawah:
Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan
Isi borang permohonan dengan lengkap dan hantar ke alamat di bawah:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Phone No: 03 9997 9777
Email: mypesara@kwap.gov.my