STR 2025 Fasa 3 :Semakan Bayaran,Status Bayaran dan Tarikh pembayaran untuk penerima STR 2025.
Untuk fasa 3 STR 2025,setelah di umumkan oleh kementerian kewangan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025.
Pembayaran ini adalah kesinambungan daripada Fasa sebelum ini di mana bantuan kewangan diberikan kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data bantuan.
Jumlah bayaran untuk STR Fasa 3 berbeza mengikut kategori penerima, dengan anggaran bantuan sehingga RM3,100 bagi isi rumah yang memenuhi syarat
Kaedah bayaran STR Fasa 3
Berikut adalah kaedah pembayaran yang telah di tetapkan:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Tarikh Bayaran STR 2025
Mengikut pengumuman yang di buat di portal STR,untuk Fasa 3 STR tahun 2025 akan dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos:
Kategori | Penerima Sedia Ada | Penerima Baharu & Rayuan |
---|---|---|
MEMPUNYAI AKAUN BANK | Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat | Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat |
TIADA AKAUN BANK | Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat | Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat |
Manakala jadual bagi setiap fasa pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:
Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | April 2025 |
Fasa 3 | Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Jumlah Bayaran untuk Fasa 3 STR 2025
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi setiap fasa:
***KAMI AKAN BUAT KEMASKINI SETELAH MENDAPAT PENGUMUMAN TERBARU DARI KERAJAAN
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | RM 500 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | RM 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | RM 500 | |||
≥5 | 2,500 | RM 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | RM 150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | RM 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | RM 250 | |||
≥5 | 1,250 | RM 300 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |

Semakan Status STR Fasa 3
Berikut adalah cara untuk anda buat semakan:
- Layari Laman Rasmi: Kunjungi portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log Masuk:
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda (12 digit tanpa simbol “-“).
- Tekan butang Log Masuk.
- Pengesahan:
- Setelah log masuk, akan dipaparkan frasa keselamatan. Jika frasa tersebut betul, klik Ya.
- Masukkan kata laluan anda dan tekan Log Masuk.
- Semak Status Permohonan:
- Klik pada bahagian Semakan Status.
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan

Jika anda mengalami masalah log masuk atau terlupa kata laluan, boleh menggunakan fungsi “Terlupa Kata Laluan” di laman web tersebut untuk menetapkan semula kata laluan anda
Keliru 2 Status “LULUS” Permohonan STR?
Sebenarnya 2 status lulus tersebut berkaitan Kelulusan Asas STR & Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
Boleh rujukan contoh gambar di bawah:

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) merupakan bantuan tambahan yang di beri sebanyak RM100 setiap bulan penerima yang layak dan tersenarai dalam sistem e-kasih
Tambahan lagi,, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran STR Fasa 3.
Ini adalah kerana pemohon ini:
- Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.
- Tidak lulus permohonan STR 2025
- Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi saluran penting di bawah:
- Hotline:
- Hotline STR LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- Email: str@hasil.gov.my
- Kaunter HASIL: Bawa salinan kad pengenalan asal