Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kad Pengenalan 12 Tahun merupakan dokumen pengenalan diri penting yang perlu dimiliki oleh semua warganegara Malaysia pada usia 12 tahun. Proses permohonan ini biasanya dilakukan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) . Kad ini mengandungi maklumat peribadi penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, dan alamat.
Memiliki Kad Pengenalan atau MyKad adalah wajib dan amat penting bagi urusan rasmi seperti pendaftaran sekolah, pemeriksaan kesihatan, dan urusan kewangan. Selain itu, ia juga membantu dalam membentuk identiti sah seseorang sebagai warganegara Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka memohon kad ini tepat pada waktunya.
“Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.”
Berikut adalah syarat permohonan yang telah di tetapkan:
Boleh juga baca: Cara Memohon Cabutan Sijil Kelahiran Online JPN jika sijil kelahiran hilang
Di bawah adalah dokumen yang diperlukan:
Permohonan mestilah di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemohon berumur 12 tahun.Jika lebih dari 30 hari,bayaran proses akan di kenakan.
Rujuk jadual di bawah jumlah fi yang di kenakan:
Berikut adalah jadual bayaran permohonan dan bayaran proses untuk Kad Pengenalan 12 Tahun:
| Umur | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
|---|---|---|---|
| 12 tahun hingga 12 tahun 30 hari | – | – | – |
| 12 tahun 30 hari hingga 13 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
| 13 tahun 1 hari hingga 14 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
| 14 tahun 1 hari hingga 15 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
| 15 tahun 1 hari hingga 16 tahun | – | 10.00 | 10.00 |
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.
Namun jika anda tiada masa untuk pergi ke kaunter JPN anda boleh membuat permohonan secara atas talian/online.
Ikuti Infographic yang di sediakan di FB JPN WPKL





Nota : Jangan lupa cetak permohonan dan bawa slip permohonan ke kaunter JPN berhampiran anda.
Untuk panduan langkah demi langkah beserta gambar boleh rujuk: Permohonan mykad kanak-kanak 12 tahun
Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)
Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Laman web: https://www.jpn.gov.my
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
2.1. Ibu atau Bapa; atau
2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
Proses Gantian MyKad boleh disiapkan dalam masa 30 minit.
Namun bagi permohonan kad pengenalan kali pertama, kad pengenalan 12 tahun, proses permohonan akan mengambil masa selama sehari.
Manakala bagi proses gantian kad pengenalan yang bermasalah, tempoh siap kad baharu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
Buat kad pengenalan bagi kali pertama akan dikenakan bayaran RM 110.00, RM 310.00 untuk kali kedua dan RM 1010.00 bagi ketiga
Untuk kali pertama 12 tahun,Permohonan mestilah di buat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemohon berumur 12 tahun.Jika lebih dari 30 hari,bayaran proses akan di kenakan.