Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dibuat untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini!
LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah bernilai sehingga RM700,000.
Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang bergelut untuk memiliki rumah sendiri, baik pekerja dari sektor kerajaan ataupun swasta.
Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah contoh seperti pekerja swasta kita ada:
Berikut antara inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA:
Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.
Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.
Semua Penjawat Awam yang sudah berjawatan tetap dan disahkan perkhidmatan adalah layak untuk membuat pinjaman perumahan ini.
Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.
I. Pembiayaan Pertama
Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
II. Pembiayaan kedua
Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pemohon hendaklah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga seperti berikut:
Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
Orang yang layak, yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.
Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.
Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
i. suami dan isteri; atau
ii. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.
Berikut adalah kaedah pengiraan had kelayakan:
*Contoh pengiraan kelayakan adalah seperti di bawah:

Nota:
Berikut pembiayaan yang di tawarkan:
Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk buat Permohonan Online:
Dokumen penting yang perlu di bawa bersama borang permohonan ialah :
kelulusan adalah bergantung kepada amaun terendah di antara berikut:
Status kelulusan permohonan boleh di semak di laman web secara online
Boleh juga baca: Cara Semak Baki Loan LPPSA Online
Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:
Selain itu, terdapat satu lagi manfaat (diambil daripada Garis Panduan LPPSA, sila rujuk muka surat 38), iaitu:
“Bagi rumah bertanah, pengiraan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bayaran kemajuan 100 peratus dikeluarkan atau pada bulan ke dua puluh lima (25) daripada tarikh kelulusan, yang mana terdahulu.”
Maknanya, dengan pinjaman perumahan LPPSA, kakitangan kerajaan tidak perlu membayar kadar faedah setiap bulan mengikut peratus (%) projek siap dibina, seperti pinjaman perumahan biasa.
Untuk rumah atas tanah yang baru, peminjam tak perlu membuat bayaran balik sehingga rumah siap 100% jika memenuhi salah satu syarat di bawah:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
Laman Rasmi : LPPSA
Aplikasi Mudah Alih LPPSA ‘MyFinancing’